Siakap Keli

(Video) Tak Sangka Berkesan, Lelaki Cuba Halang Air Banjir Masuk Guna “Fiberglass”

Bercakap soal banjir, sudah tentu terdetik di hati korang setiap kali musim ini, “kena angkut banyak barang ni, risau air masuk rumah terkena barang-barang berharga.”

Perkongsian seorang lelaki melalui laman Facebook bernama Khairul Anuar Suria, menunjukkan bagaimana dia dapat menghalang air masuk daripada rumah selepas hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di kawasan perumahannya.

Menerusi video diatas, dapat kita lihat, air setinggi paras lutut telah memenuhi halaman rumahnya sehingga sebahagian barang di luar rumah tidak sempat diselamatkan.

Namun, mengejutkan apabila pada durasi 17 saat seterusnya, dia menunjukkan air banjir itu terhalang masuk daripada rumah dengan sebuah penghalang berwarna seakan cermin. 

Pada masa yang sama, terdapat tiga pemegang sedutan kaca yang berwarna oren seperti menjadi penguat antara kaca dengan permukaan dinding pintu rumah.  

“Dekat sebelah luar basah dan dekat sebelah dalam tak basah. Ini pembahagi antara air banjir dan dalam rumah kering.”

Melalui video tersebut, lelaki itu memberitahu bahawa peralatan yang digunakan itu adalah fiberglass.  

Apa itu fiberglass?

Fiberglass ialah bahan komposit yang diperbuat daripada gentian kaca yang sangat halus. Anda juga akan menemuinya dengan nama plastik bertetulang kaca dan plastik gentian kaca. Ini sedikit mengelirukan kerana gentian kaca bukanlah plastik tulen, tetapi sebaliknya yang diperkukuh dengan gentian kaca kecil yang disebutkan di atas.

Fiberglass juga sering digunakan dalam pembuatan pintu dan tingkap untuk memberikan kekuatan tambahan. Bahan ini sangat tahan lasak, tidak mudah pecah atau berkarat. 

Kelihatannya, lelaki ini seperti memasang fiberglass di hadapan pintu rumah sebelah kanan dan dibahagian pintu sebelah kiri rumah sehingga fiberglass ini berjaya menghalang air daripada masuk rumah.

                         

Sumber: Facebook Khairul Anuar Suria, Xometry, The Art of Fiberglass & Polyethylene

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.