Siakap Keli
sonic boom
Gambar: Bernama

Bunyi Seakan Guruh, Ketahui Apa Itu Sonic Boom

Bunyi Seakan Guruh, Ketahui Apa Itu Sonic Boom

Baru-baru ini, warga Ipoh dikejutkan dengan satu bunyi dentuman dan gegaran di kawasan tersebut.

Gegaran itu kemudian menimbulkan misteri dan tanda tanya dalam kalangan masyarakat mengenai punca sebenar kejadian itu.

Pelbagai dakwaan dikaitkan dengan bunyi dentuman itu termasuk bunyi ‘Sonic Boom’ atau ledakan sonik.

Sehubungan itu, SK hari ini akan bawakan kepada anda mengenai Sonic Boom ini dengan lebih lanjut di bawah.

Apa itu Sonic Boom?

Menurut Detik.com sonic boom atau ledakan sonik menghasilkan bunyi yang kuat dan seakan dentuman guruh.

Difahamkan, bunyi ini terhasil daripada sebuah pesawat yang bergerak melebihi 750 batu per jam(mph) bersamaan 1,200 kilometer per jam (kmj) hingga melebihi kelajuan bunyi di ruang udara.

Bagaimana Sonic Boom terhasil?

Sewaktu pesawat bergerak membelah ruang langit secara terus, ia menghasilkan gelombang tekanan udara.

Gelombang tekanan ini akan membentuk gelombang kejutan yang bergerak ke hadapan dari titik pelepasan ketika pesawat melebihi kelajuan bunyi.

Dalam bahasa yang mudah, apabila sesebuah pesawat itu mencapai kelajuan supersonik, ia akan menghasilkan gelombang kejutan.

Di sinilah terhasilnya bunyi ledakan sonik atau sonic boom sepanjang laluan pesawat itu.

sonic boom
Gambar: Bernama

Bunyi ini dapat didengari oleh orang ramai yang berada di permukaan tanah ketika gelombang tekanan berubah kepada gelombang kejutan secara beruntun.

Bagaimanapun, bunyi yang terhasil ini hanya bertahan dalam tempoh yang singkat.

Sementara itu, National Aeronautics and Space Administration (NASA) bunyi sonic boom dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berat, saiz, bentuk pesawat atau kenderaan, ketinggian, laluan penerbangan, cuaca dan keadaan atmosfera.

Secara ringkasnya, semakin besar dan semakin berat sebuah pesawat, ia memerlukan tenaga (daya angkat di udara) yang lebih banyak.

Bunyi dentuman sonic boom yang terhasil juga berbeza, misalnya pesawat yang lebih besar menghasilkan bunyi yang lebih kuat berbanding pesawat atau kenderaan yang lebih kecil dan ringan.

Adakah Sonic Boom Bahaya?

Menurut sumber, sonic boom boleh menyebabkan kaca retak atau berkecai tetapi tidak mengancam manusia yang berada di atas tanah.

Sumber: Detiknews

BACA: Ketahui Apa Itu Teknik “Crosswind Landing”, Pesawat ‘Mengiring’ Semasa Mendarat

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.