Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Duit Zakat MAINS
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

Individu Persoal Mana Duit Zakat MAINS, Sekali Terdiam Bila Ditunjuk Mana Pergi Duit RM98 Juta

Iqbal Yasir

Individu Persoal Mana Duit Zakat MAINS, Sekali Terdiam Bila Ditunjuk Mana Pergi Duit RM98 Juta

Sebagai seorang beragama Islam, kita tidak terlepas daripada menunaikan kewajipan zakat, yang menjadi Rukun Islam ke-4.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud, “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.”

Perkara sudah jelas menunjukkan betapa pentingnya zakat ini sehingga difirmankan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.

Oleh itu, wujudnya badan atau organisasi yang bertanggungjawab dalam mengelola kutipan zakat ini.

Namun, bukan mudah untuk setiap individu yang diamanahkan dalam menguruskan kewangan ini lebih- lebih lagi nilainya mencapai jutaan Ringgit.

Pelbagai cabaran perlu ditempuhi termasuk dugaan hawa nafsu yang menguji tahap keimanan seseorang. Itu belum lagi tomahan dan juga andaian negatif segelintir orang yang mendakwa duit zakat dikutip pihak berkenaan tidak tahu ke mana arah agihannya.

Seperti satu kisah di mana seorang individu yang mempersoalkan ke mana perginya duit zakat yang dikumpulkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Walau bagaimanapun, individu tersebut terdiam tanpa balasan apabila ada orang yang tampil memperjelaskan satu-satu tentang ke mana duit yang dikutip MAINS diagihkan.

Ramai yang beranggapan bahawa sebahagian duit zakat yang dikutip oleh organisasi ini ‘lesap’ atau masuk ke dalam poket badan pengelola.

Hakikatnya, wang ini sebenarnya diagihkan kepada beberapa golongan tertentu untuk manfaat penerima.

Yang lebih penting, setiap penerima yang wang zakat ini telah diteliti oleh organisasi pengelola sama ada betul-betul layak atau tidak, khususnya berkait latar belakang penerima.

Lebih 66 Juta Duit Zakat Berjaya Dikutip MAINS

Individu tersebut menjelaskan bahawa sebanyak RM66,899,868.32 wang zakat berjaya dikumpulkan manakala nilai agihan zakat pula berjumlah RM98,136,329.07.

Jumlah ini adalah hasil sepanjang tempoh Januari 2024 hingga Jun 2024.

Berdasarkan statistik, hasil kutipan zakat terdiri dari zakat pendapatan yang menjadi penyumbang terbesar, selain harta, wang simpanan, perniagaan dan lain-lain.

Wang ini kemudiannya disalurkan kepada tujuh golongan seperti yang dinyatakan di bawah;

Sebanyak RM44,253,293.27 zakat telah diagihkan kepada golongan Fisabilillah (individu-individu atau pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya), sebagai penerima tertinggi.

Diikuti golongan Miskin bernilai RM22,274,450.49 sementara golongan Fakir menerima zakat RM18,754,996.31.

Golongan keempat pula adalah Amil iaitu orang yang dilantik menguruskan hal ehwal zakat telah diagihkan kepada mereka sebanyak RM5,327,467.71. Muallaf (individu yang memeluk agama Islam) sebanyak RM5,699,241.88.

Seterusnya, golongan Gharimin iaitu Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahantan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat serta individu yang ditimpa musibah dan hutang yang dibenarkan oleh hukum syarak menerima RM1,803,319.41.

Terakhir, Ibnu Sabil, orang Islam yang kehabisan duit belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum syarak, berjumlah RM23,560,00.

Sementara itu, kutipan wakaf pula mencapai RM1,680,053.13 dari hasil potongan gaji, kaunter, online banking atau CDM, kutipan dan tabung.

Statistik MAINS turut memaparkan jumlah keseluruhan agihan wakaf ini di salurkan kepada tiga sektor iaitu pendidikan (RM164,130.00), kesihatan (RM23,500.00) dan sosioekonomi sebanyak RM 203,556.00.

Berbaki lagi dua bulan sebelum 2024 melabuhkan tirai, marilah kita sama-sama menunaikan kewajipan masing-masing kerana zakat bukanlah sekadar mengeluarkan duit semata-mata tetapi ia adalah pelengkap kepada ibadah.

Tambahan lagi, zakat juga adalah satu pelaburan duniawi yang akan dipetik ganjarannya pada akhirat kelak.

Selaras dengan sasaran MAINS sebanyak RM200 juta kutipan zakat tahun ini, pembayaran atau permohonan zakat boleh dilakukan secara atas talian di www.zakatns2u.biz atau di pejabat MAINS berhampiran.

Tambahan lagi, untuk mereka yang tidak jelas mengenai jumlah pembayaran, turut disediakan kalkulator zakat bagi pengkelasan zakat. Mudah je. Oleh itu, layari laman web rasmi MAINS di www.mains.gov.my untuk info lanjut.