Siakap Keli
Guru Ini Kongsi Pesanan
Kredit: blackbox.ai

“Sebelum Tambah Anak, Tambah Bilik Dulu”, Jaga Privasi Ahli Keluarga Bersama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Sebelum Tambah Anak, Tambah Bilik Dulu”, Nasihat Untuk Yang Nak Tambah Ahli Keluarga 

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti berimpian untuk menimang cahaya mata sendiri, kan?

Zuriat yang lahir ke dunia itu melengkapkan bahtera yang dibina dan menjadi lambang kecintaan antara suami dan isteri.

Begitupun, memiliki cahaya mata bukanlah satu keputusan yang mudah diputuskan kerana banyak perkara perlu dipertimbangkan.

Selain kewangan yang perlu stabil dan kesediaan untuk menjadi ibu bapa, tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak membesar juga antara faktor yang perlu diambil kira.

Apatah lagi jika mahu menambah bilangan anak dan membesarkan keluarga, banyak persoalan-persoalan yang perlu dijawab terlebih dahulu.

Antaranya, mampukah kediaman semasa anda menjadi ruang untuk ahli keluarga terus bertuduh dengan selesa?

Adakah hak-hak setiap ahli keluarga terutamanya anak-anak yang sudah remaja, seperti memiliki bilik, terjaga di dalam rumah sendiri yang mereka diami?

Perkongsian seorang guru, Shifa Kamardin ini sangat tepat malah amat dipersetujui ramai.

Ibu bapa wajar berusaha untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa, seperti bilik untuk privasi antara anak lelaki dan perempuan sebelum menambah ahli keluarga baharu.

Ibu bapa  perlu persiapkan ruang bilik tidur untuk privasi anak lelaki dan perempuan sedia ada sebelum menambah bilangan anak.

Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah.

Sebelum nak tambah anak, tambah bilik dulu.

Aku ternampak satu video kat kat sebelah kan, ada seorang doktor ni cakap, paling minimum benda yang perlu dipertimbangkan sebelum tambah anak adalah tengok keadaan rumah kita dulu.

Aku terus macam, zaapp! Terus dapat tangkap apa yang beliau nak sampaikan.

Sebab kan sebelum tambah anak, kena semak semula, mampu atau tidak kita sebagai ibu ayah sediakan bilik berasingan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan.

Pastu bayangkan kalau anak-anak pula ramai macam sepasukan bola sepak, takkanlah nak sumbat anak-anak duduk sekali dalam bilik yang sempit macam sekangkang kera tu?

Sedangkan bilik tu muat satu katil bujang atau paling besar pun katil kelamin. Dah la binaan rumah sekarang makin sempit kaki per segi. Tu tak kira lagi nak letak almari dan set meja belajar. Boleh bayanglah sempit betul.

Kalau tak muat, bentang toto kat ruang tamu, tidur ramai-ramai kat situ. Bila nak buat hubungan kelamin, kena sorok sana sini.

Tiba-tiba teringat kes sebuah keluarga ni hidup dalam keadaan melarat. Duduk di rumah flat, anak pula berbelas-belas orang. Tapi ada DUA ISTERI! Duduk sekali bersama dua orang isteri tu dalam satu rumah. Isteri kedua pula tengah mengandung anak ke berapa entah masa tu.

Bilik pula hanya halang dengan kain langsir nipis tu saja sebagai pemisah! Kemudian, tagih bantuan orang ramai untuk tolong keluarga mereka. Sedangkan lelaki tu kuat dan sihat.

Weh, tak boleh bayang!

Anak perempuan pula nak mandi atau bersiap, tak ada privasi sebab ayah dan adik-beradik lain nampak. Dengan tandas ada satu saja. Jenuh berebut.

Orang dok kata anak rezeki. Tapi hak anak-anak yang paling minimum pun tak mampu nak sediakan.

PRIVASI MEREKA.

Lepas lunaskan bab privasi, barulah boleh bincang hak mereka yang lain seperti pendidikan atau kesihatan.

Ni kalau hat paling minimum sekali pun tak dapat nak sediakan, toksah sembang bab tambah anak.

Aku pesan kat adik-adik aku, nak tambah anak, pastikan pindah rumah yang lebih selesa. Cari rumah yang kondusif untuk membesarkan anak. Bukan ala kadar saja. Usaha mestilah kena lebih. Nak bela anak, kos memang mahal. Mahalkan sikit usaha tu.

Orang tua aku walaupun anak ramai, bilik kat rumah kami ada 4. Memang sangat cukup pun. Tambah pula rumah kampung, memang luas la.

Ni kalau duduk di bandar, rumah pula macam sangkar burung, bilik air pun hanya ada satu, janganlah aniaya anak-anak atas kebodohan diri.

Ni baru bab duduk rumah sewa atau rumah sendiri.

Kalau yang duduk sekali di rumah mak ayah dengan adik-beradik yang masih bujang? Beranak-pinak pula kat situ? Bayangkan?

Ini bukan berkisarkan rezeki semata-mata tapi amanah yang kita pikul terhadap anak-anak.

Islam ni mudah sebenarnya. Cuma kita saja yang suka menyulitkan situasi.

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.