Siakap Keli
Kredit: Bernama

METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri & 2 Wilayah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 buah negeri dan dua wilayah sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis, Johor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sementara itu, cuaca buruk di Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Muallim

Beralih ke pantai timur, MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat di daerah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Di Pahang, cuaca buruk dijangka dialami penduduk di daerah Raub, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

9 Negeri & 2 Wilayah dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir dan angin kencang

Manakala di Selangor, daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hanya daerah  dijangka mengalami cuaca buruk.

Seterusnya di Negeri Sembilan, hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin

Maklum METMalaysia dalam kenyataan tersebut, tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka adalah lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari

Menurut Bernama, MetMalaysia hari ini turut mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung.

Menerusi hantaran di Facebook MetMalaysia, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang.

Kenyataan itu memaklumkan, suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut di kawasan tersebut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.