Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pekerja Kilang Maut Langgar Kerbau Di Tampin

Athirah
pekerja maut langgar kerbau
Kredit: Sinar Harian

Pekerja Kilang Maut Langgar Kerbau Di Tampin

TAMPIN, 24 Okt (Bernama) — Seorang pekerja kilang maut dipercayai selepas motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau di Kilometer 5 Jalan Tampin-Kuala Pilah berhampiran Kampung Sri Repah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata mangsa yang juga seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Melaka.

“Hasil siasatan menunjukkan kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal dari rumah di Kampung Berambai, Johol menuju ke tempat kerja di Melaka.

“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa tidak sempat mengelak dan terus melanggar seekor kerbau yang berada di laluan motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN

Sumber: Bernama