Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 7 Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan 7 negeri bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi kemas kini di laman Facebook, seluruh kawasan negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dijangka alami hujan lebat.
Melihat keadaan di Perak, hanya beberapa daerah dijangka alami cuaca buruk iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
Di pantai timur pula, kebanyakan daerah di Kelantan bakal dilanda angin kencang dan hujan lebat. Daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang. Turun ke Pahang, hampir seluruh negeri dijangka alami cuaca yang sama. Ia melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.
Terus ke Johor, hanya daerah Mersing bakal dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang.
BACA: Penyaluran Segera RM150 Juta Langkah Responsif Kerajaan Tangani Banjir Kilat

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.
BACA: Banjir: Orang Ramai Diminta Ambil Langkah Keselamatan Elektrik Dan Gas