Siakap Keli
Oxygen Absorber
Kredit: Shopee

Bukan Saja-saja, Rupanya Ini Beza & Tujuan Warna Bungkusan “Oxygen Absorber”

Bukan Saja-saja, Rupanya Ini Beza & Tujuan Warna Bungkusan “Oxygen Absorber”

Kita pasti pernah terjumpa dengan satu pek kecil oxygen absorber dalam setiap bungkusan makanan seperti snek yang kita beli, kan?

Oxygen absorber atau penyerap oksigen ini berfungsi untuk menyerap kelembapan dalam bungkusan supaya tidak merosakkan makanan.

Dengan meletakkan pek kecil penyerap oksigen dalam bungkusan, produk akan bertahan lebih lama dan tidak merugikan penjual.

Penyerap oksigen boleh didapati di mana-mana kedai pembekal bahan-bahan dan peralatan bakeri.

Biasanya, ia dijual dalam pek kecil berwarna hijau, biru ataupun kuning.

Pada mata kasar, semua pek kecil ini kelihatan sama namun siapa sangka, setiap warna itu sebenarnya menunjukkan perbezaan tujuan penggunaannya.

Beza warna setiap pek oxygen absorber

Seorang pengguna Facebook, Chef Saiful Suhaimi tampil berkongsi perbezaan tersebut sekaligus dapat membantu orang ramai untuk memilih penyerap oksigen yang sesuai dengan produk mereka.

Menurut Chef Saiful, adalah sangat penting untuk pengguna atau penjual mengetahui perbezaan warna pek penyerap oksigen ini.

Sebelum bercerita lanjut tentang perbezaan berkenaan, beliau juga mengingatkan pengguna agar menggunakan penyerap oksigen kategori food grade.

Berbalik kepada perbezaan warna itu tadi, Chef Saiful berkata, pek penyerap oksigen berwarna hijau adalah jenis Food Dessicant.

Ia biasanya sesuai untuk kelembapan yang secara realitifnya adalah rendah. Antara produk-produk yang sesuai menggunakan penyerap oksigen ini adala kerepek, biskut, chips dan kek.

Manakala untuk penyerap oksigen dengan pek berwarna biru pula adalah jenis Dry Maestro.

Dry Maestro sesuai untuk bungkusan makanan seperti ikan bilis, kekacang, pasta dan beras.

Untuk pek penyerap oksigen berwarna kuning, ia jatuh dalam kategori Oxygen Absorber. Biasanya, pek penyerap oksigen berwarna kuning digunakan dalam bungkusan produk seperti tepung dan rempah ratus.

Ia dapat mengelakkan tepung dan rempah ratus ini daripada menjadi lembap.

Katanya, pengguna harus tahu perbezaan ketiga-tiga pek berkenaan supaya dapat mencapai fungsi penggunaan yang optimum.

Semoga bermanfaat.

https://www.facebook.com/chefsaifulsuhaimi/posts/pfbid02dp4upJc714HmpNZms6itokkCf2Q8GRqpPjGEkwp6YB3DLywhBkqa2hxLUKE3Bkexl

BACA: Perkataan ‘Ketimbang’ Akan Dimasukkan Dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua

Sumber: Chef Saiful Suhaimi

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.