Memandu kereta semasa hujan lebat selalu menjadi masalah terutamanya untuk orang kabur penglihatan apatah lagi memandu pula pada waktu malam. Situasi itu menjadikan cermin kereta kabus dibahagian hadapan dan belakang disebabkan oleh aircond yang menghasilkan wap.
Akhirnya, kita akan usaha juga mata kita untuk fokus kepada jalan, walaupun penglihatan kurang jelas. Sedar atau tidak, situasi ini sangat membahayakan diri mahupun orang di sekitar ketika berada di atas jalan raya.
Berdasarkan stastistik daripada Malaysian Institute of Road Safety Research, 24 peratus daripada kemalangan maut berlaku di atas permukaan jalan raya yang basah. Ini menunjukkan betapa pentingnya langkah-langkah keselamatan memandu kereta semasa hujan lebat termasuk menitikberatkan bahagian cermin hadapan yang menjadi sumber utama pemanduan.
7 tips keselamatan, memandu kereta semasa hujan lebat
Penjagaan keselamatan semasa memandu bermula daripada tindakan yang dilakukan oleh anda sendiri. Tindakan yang kecil boleh mengelakkan kemalangan yang tragedi di jalan raya. Oleh itu, menjadi satu kewajiban kepada pemandu agar lebih cakna tentang keselamatan memandu kenderaan semasa hujan lebat. Ini 7 tips keselamatan memandu kereta semasa hujan lebat:
- Periksa pengelap cermin kenderaan
- Hidupkan lampu kenderaan
- Patuhi had laju
- Pandu perlahan
- Jaga jarak selamat
- Patuhi papan tanda
- Awasi jalan licin
5 cara penjagaan cermin hadapan kereta
- Elakkan letak kenderaan di bawah sinaran matahari untuk jangka masa yang lama. Suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti cermin kereta sekali gus mengurangkan daya ketahanan serta jangka hayatnya. Lapisan pelindung cermin mudah rosak dan merebak berkemungkinan akan pecah.
- Sentiasa membersihkan cermin serta pengilap cermin (wiper) daripada pasir-pasir halus. Apabila anda menghidupkan pengilap cermin yang tidak dibersihkan, ia akan menyeret bersama pasir-pasir halus tersebut.
- Buat pertukaran cermin secara berkala sekiranya mula tercalar atau retak kesan daripada percikkan batu-batu kecil daripada lori. Sekiranya dibiarkan sahaja ia boleh membawa kesan bahaya kerana tidak mampu melawan tekanan angin.
- Elakkan meletakkan kenderaan di kawasan kedai makan dapat mencegah daripada cermin kereta berminyak. Cermin akan cepat kotor dan sukar untuk dibersihkan nanti.
- Guna produk pencuci cermin dengan kandungan bahan ammonia, kerana boleh membantu melindungi tint daripada rosak dan pecah.
Selain itu, menerusi satu video TikTok asfarautocarealma ini boleh dijadikan sebagai rujukan penjagaan cermin belakang kereta.
@asfautocarealma fungsi defog/defroster pada kereta yang jarang org guna. #tayarmurahpenang #tayarrahmah #tayarmurah #almajaya #pomentiktok #aeonalma #pendudukalmajaya #promosiakhirtahun #fyp #tayarmurahalma #ilmutiktok #cerminkereta #bengkeltiktok
Kami berharap tips ini membantu anda, mengaplikasikan dalam gaya hidup memandu kereta semasa hujan lebat.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba.
Sumber: Facebook Malaysian Institute of Road Safety Research, Tiktok asfaautocarealma