Seluruh Kawasan Di 10 Negeri Dijangka Hujan Lebat Sehinga 5 Petang Ini
Kejadian hujan lebat dan ribut petir dijangka membadai seluruh kawasan di 10 negeri sehingga 5 petang ini.
Perakara berkenaan dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologikal Malaysia (MetMalaysia) melalui satu kemaskini amaran cuaca yang dimuat naik di Facebooknya sebentar tadi.
Menurut MetMalaysia, 10 negeri berkenaan adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
10 negeri dijangka dibadai hujan lebat sehingga 5 petang ini
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran yang sama untuk beberapa kawasan di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Di Kelantan, amaran berkenaan dikeluarkan bagi kawasan Gua Musang.
Manakala di Terengganu pula, amaran berkenaan melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Sementara di Pahang, kawasan yang terlibat dengan amaran hujan lebat dan ribut petir sehingga pukul 5 petang itu adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub.
Orang ramai diminta peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran” kata MetMalaysia.
Orang awam diingatkan untuk peka amaran-amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia menerusi pelbagai platform seperti di Facebook.
Pada masa yang sama, mereka juga perlu mematuhi semua perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
BACA: Tampil Bersama, Duo LeBron James & Anak Cipta Sejarah NBA
Sumber: MetMalaysia