Mungkin ramai yang tak tahu, kekerapan mencabut dan memasang ‘cable’ pengecas telefon bimbit berpotensi menjadi “pembunuh senyap” apabila kebocorannya tidak disedari. Litar pintas boleh terjadi sehingga mungkin berlakunya renjatan elektrik ketika menggunakan telefon yang sedang dicas.
Sebelum ia menjadi lebih teruk, tidak salah rasanya jika setiap daripada kita mengambil berat mengenai tips penjagaan ‘cable’ atau wayar pengecas supaya hal diatas dapat dihindari.
Penggunaan wayar dan kabel di rumah dan tempat kerja kita adalah sebahagian daripada perkara paling kerap kita lakukan sehari-hari. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memberi perhatian kepada penjagaan barang-barang ini untuk memastikan ketahanan jangka panjangnya. Berikut 5 tips menjaga wayar dengan betul:

- Gulung wayar dengan betul. Gulung wayar dalam 3-4 pusingkan kemudian masukkan hujung kabel dalam gelungan tersebut.

- Pastikan kedudukan wayar dalam keadaan longgar sedikit.

- Sentiasa menyambung dan mengeluarkan wayar secara perlahan-lahan. Hal ini kerana wayar halus dalam wayar mungkin rosak jika dilakukan dengan kasar.
- Gunakan spring yang terdapat pada pen adalah cara yang terbaik untuk menjaga wayar.
- Simpan wayar di dalam bekas yang tertutup dan selamat.

- Jangan sesekali mengecas dengan menggunakan wayar yang rosak kerana saluran elektrik masih berjalan.
Semoga tips ini boleh digunakan agar tidak berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook MF It & Communication, Paidekable, Gadgetpro, Welldecable