Siakap Keli

Wanita Kongsi Tips Bersihkan Perhiasan Silver Hanya Guna Dua Bahan Daripada Dapur

Seringkali kita mendengar Sterling Silver atau Perak 925 yang membuat kita bertanya apakah maksudnya? Kenapa 925?

Perak dalam bentuk aslinya (100% perak) adalah logam yang sangat lembut dan susah dibentuk. Oleh itu, perak harus dicampur dengan logam lain untuk dibentukkan menjadi hiasan atau barang-barang lain.

Perak 925 (Sterling Silver) adalah perak yang mengandungi kadar perak sebanyak 92.5%, manakala 7.5% adalah metal lain. Metal lain 7.5% yang biasa digunakan ialah tembaga atau palladium.

Untuk mengetahui jenis perhiasan anda termasuk perak murni atau perak sterling, periksa kode di bahagian clasp atau tali perhiasan.

Acap kali kita lihat, ramai pengguna silver yang mengalami masalah barang perhiasan mereka bertukar warna menjadi gelap selepas kerap menggunakannya atau hanya dibiarkan begitu sahaja. Hal ini kerana kulit kita terkena perhiasan silver yang dapat menarik minyak tubuh, tanah, kuman dan bakteria yang menyebabkan kilaunya mula pudar dan menghitam.

Selain menggunakan bahan kimia atau produk yang dijual di pasaran. Mungkin ramai tak tahu, cara mencuci hanya menggunakan barang-barang yang ada di dapur sahaja.

Ini 6 tips yang boleh anda lakukan untuk mengilatkan semula perhiasan silver dan sekaligus mencegahnya daripada berkarat dan rosak menerusi perkongsian TikTok pchavez.30:

mangkuk kaca kecil
Kredit: @pchavez.30 via TikTok
  1. Potong aluminium foil sehingga menutupi bahagian tapak mangkuk kaca kecil dan masukkan ke dalamnya.
aluminium foil
Kredit: @pchavez.30 via TikTok

2. Kemudian, masukkan perhiasan silver anda seperti subang, cincin, gelang dan sebagainya ke dalam mangkuk kaca kecil.

3. Masukkan baking soda sehingga menutupi perhiasan silver anda.

kacau guna penyepti
Kredit: @pchavez.30 via TikTok

4. Seterusnya, masukkan air suam ke dalam mangkuk dan kacau. Biarkan selama 15 minit.

letakkan di atas tisu
Kredit: @pchavez.30 via TikTok

5. Angkat perhiasan silver anda dan letakkan di atas tisu. Jangan lupa asingkannya satu persatu. Biarkan sehingga ianya kering.

Simpan ditemapt yang tertutup dan selamat
Kredit: @pchavez.30 via TikTok

6. Perhiasan silver anda kembali berkilau seperti yang baru dibeli. Tiada lagi daki dan kotoran yang melekat pada perhiasan. Simpan barang berharga anda di tempat yang tertutup dan selamat.

Selamat mencuba!

Sumber: TikTok pchavez.30, Frostnyc, Britannica, Deepwear

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.