Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sekurang-Kurangnya 19 Maut Apabila Bas Bertembung Dengan Trak Di Mexico

Iqbal Yasir
Bas Bertembung di mexico
Gambar: BBS News

Sekurang-Kurangnya 19 Maut Apabila Bas Bertembung Dengan Trak Di Mexico

ISTANBUL, 27 Okt (Bernama) — Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan enam lagi cedera parah apabila sebuah bas bertembung dengan trak dua treler, lapor Agensi Anadolu yang memetik pihak berkuasa tempatan.

Bas berkenaan dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Tepic ke Chihuahua sebelum kemalangan berlaku berhampiran Zacatecas pada awal pagi Sabtu.

Setiausaha Agung Kerajaan Zacatecas, Rodrigo Reyes Muguerza, memaklumkan bahawa penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital di Zacatecas untuk rawatan lanjut.

Gabenor Zacatecas, David Monreal Avila menerusi platform X berkata bahawa semua perkhidmatan keselamatan dan kecemasan dikerah ke lokasi kejadian.

“Saya mengucapkan takziah dan menyatakan solidariti kepada mereka yang kehilangan orang tersayang,” katanya, sambil berjanji akan memberi bantuan kepada semua mangsa.

Laporan turut menyebut bahawa pemandu trak melarikan diri dari lokasi kejadian namun berjaya ditahan oleh pegawai Pengawal Kebangsaan.

Sementara itu, Pejabat Peguam Negara telah melancarkan siasatan jenayah, manakala Suruhanjaya Bantuan Mangsa Negeri sedang menyelaraskan sokongan kepada mangsa serta keluarga mereka.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kanak-Kanak Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di Tawau

BACA: Jenazah Empat Sekeluarga Selamat Dikebumikan