Siakap Keli
ribut kuat tawau
Kredit: Muiz Hot Chicken via TikTok

Tular Detik Cemas Ribut Kuat Landa Tawau

Tular Detik Cemas Ribut Kuat Landa Tawau

Satu rakaman video menjadi tular menunjukkan sekumpulan individu berdepan detik cemas ketika ribut kuat melanda satu kawasan.

Dipercayai, kejadian tersebut berlaku sekitar Sabah Mega Food Festival 2.0 yang sedang berlangsung di Tawau.

Ia nyata mengejutkan ramai pihak, terutamanya pengunjung dan peniaga yang berada di festival itu.

Menurut ruangan kapsyen video tersebut, ini merupakan kali pertama ribut sekuat itu berlaku di Tawau.

@muizhotchicken

26/10 ribut teruk di tawau 😞 kali pertama berlaku 😣 #muizhotchicken #ayamgorengmuiz #sabahmegafoodfest #tawau #sabah

♬ Very Sad – Enchan

Dalam video yang beredar, kedengaran jelas deruman angin kuat melanda kawasan terbabit, dengan sekumpulan individu dilihat menahan gerai dan khemah jualan mereka dari diterbangkan angin kencang.

Beberapa lelaki kelihatan terpaksa memegang struktur gerai dan khemah jualan dengan sekuat tenaga.

Mereka juga berpaut pada gerai dan khemah jualan untuk memberi beban tambahan pada struktur berkenaan, sekali gus mengelakkan ia diterbangkan angin.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca.

Orang ramai juga disarankan untuk mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan amaran cuaca melalui saluran rasmi METMalaysia.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini akibat cuaca buruk yang dijangka melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Kanak-Kanak Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di Tawau

BACA: Sekurang-Kurangnya 19 Maut Apabila Bas Bertembung Dengan Trak Di Mexico

BACA: Jenazah Empat Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Sumber: Muiz Hot Chicken via TikTok

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.