Apa Sebenarnya ‘Ubat’ Penyakit Man United?
Lewat malam tadi (27 Okt 2024), Manchester United sekali lagi tewas untuk kali kempat musim ini dalam kempen Liga Perdana Inggeris (PL).
Kali ini, West Ham menjadi penerima darjah 3 mata, menang tipis dengan keputusan 2-1 di laman sendiri sekaligus menghadiahkan kekalahan keempat skuad Erik Ten Hag.
Seperti biasa, berlegar di media sosial laungan #TenHagOut dari para penyokong Manchester United yang rata-rata sudah muak dengan persembahan ‘ala kadar’ pasukan The Red Devils.
Sehingga artikel ini ditulis, Ineos selaku syarikat yang memiliki kelab tersebut tiada mengeluarkan sebarang kenyataan selepas tewas sekali lagi di London Stadium.
Apa Sebenarnya Masalah United?
Apa sebenarnya masalah yang melanda pasukan gergasi ini? Selepas tamatnya era Sir Alex Ferguson, United sehingga kini masih gagal menemui pengurus yang sesuai dengan kelab mereka.
Nama-nama yang masuk sebagai pengurus bukanlah calang-calang seperti David Moyes, Louis Van Gaal, Ole Gunnar Solskjaer, Ralf Ragnick dan Erik Ten Hag.
Adakah benar pengurus yang bermasalah atau pemain yang tidak mampu memenuhi kehendak pengurus dari taktikal dan teknikal?
Sejak May 2022 Ten Hag mula mengurus United, beliau sudah berbelanja £397 juta (RM2.2 bilion) untuk mendapatkan pemain yang dimahukan termasuk Antony dari Ajax yang bernilai £79 juta (RM447 juta).
Adakah perbelanjaan lebih RM2 bilion ini berbaloi untuk United terutama musim ini? Selepas 9 perlawanan United hanya mengutip 11 mata dan menduduki tangga ke-14 liga.
Tambahan lagi, selepas 3 aksi UEFA Europa League (UEL), United hanya mengumpul 3 mata dan menduduki tangga ke-21.
Peminat Mula Meluat?
Peminat mula meluahkan rasa tidak puas hati dengan corak yang ditampilkan United kebelakangan ini.
Tambah pedih lagi, kenyataan-kenyataan Ten hag selepas perlawanan betul-betul menduga kesabaran penyokong.
Seperti temubual selepas perlawanan semalam, Ten Hag menyatakan “Saya rasa kami bermain dengan sangat baik menentang West Ham.”
“Sejam pertama perlawanan, sangat seronok tengok pasukan kita bermain. Sangat dinamik, banyak variasi, sangat kreatif dan banyak peluang.”
“Hanya satu yang kita hilang iaitu membunuh di depan gol.”
🔴 Erik ten Hag: “I think we played very good football against West Ham”.
“The first hour, it was really enjoyable to watch our team – so dynamic, so much variation, so creative, so many chances. That is the only thing we miss – killing in front of the goal”. pic.twitter.com/WorjcYVLXy
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 28, 2024
Rata-rata penyokong kurang senang dengan kenyataan Ten Hag yang menurut mereka bercanggah dengan apa yang disaksikan atas padang.
Tanda Pagar Ten Hag Out akan kembali trending jika keputusan perlawanan United berakhir dengan seri ataupun tewas.
Siapa Bakal Ganti Ten Hag?
Pada pendapat anda, siapa yang bak menggantikan Erik Ten Hag jika benar beliau dipecat United nanti? Ada beberapa nama yang mula berlegar di media sosial setakat ini.
Antara nama yang paling lantang kedengaran adalah Thomas Frank iaitu pengurus pasukan Brentford dan terbaru legenda FC Barcelona, Xavi Hernandez.
Thomas Frank kini sedang membawa pasukan Brentford ke kedudukan yang lebih baik. Selepas 9 perlawanan Brentford menang 4 perlawanan dan menduduki tangga ke-9 liga.
Frank yang berusia 51 tahun berasal dari Frederiksvaerk, Denmark. Bukan seorang pemain yang terkenal namun memulakan karier kejurulatihan sebagai jurulatih pasukan Denmark B-16.
Kemudian beliau melatih Denmark B-17 dan B-19 sebelum melatih kelab pertama beliau iaitu Brondby di Liga Denmark.
Pada tahun 2018, Brentford melamar Frank sebagai pengurus pasukan dan berjaya membawa Brentford naik ke Liga Perdana Inggeris sehingga kini.
Xavi Hernandez pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang legenda FC Barcelona yang menjadi ‘pembekal’ utama hantaran-hantaran cantik kepada Lionel Messi satu ketika dahulu.
Beliau juga berjaya memenangi Euro 2008 dan 2012 serta menjuarai Piala Dunia 2010 bersama pasukan kebangsaan Sepanyol.
Xavi memulakan karier kejurulatihan beliau bersama kelab Al-Sadd yang berpengkalan di Qatar.
FC Barcelona kemudian melamar beliau untuk mengurus pasukan kesayangannya itu untuk tempoh 3 tahun sahaja dan kini beliau tidak melatih mana-mana pasukan lagi.
Antara dua calon ini, yang mana satu pilihan hati qalbu peminat Manchester United?
Pendapat SK
Pada pendapat SK, corak permainan yang ditampilkan United tidaklah begitu teruk. Cuma SK merasakan pemain yang dibeli oleh Ten Hag tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi pasukan itu.
Contohnya,Ten Hag telah membeli Ugarte untuk menyelesaikan masalah di bahagian Defensive Midfield.
Namun, pemain itu tidak mampu menutup semua kelemahan tersebut malah ada pemain yang dibeli menjadi beban kepada United.
Ten Hag tidak 100 peratus salah dan pemain juga tidak 100 peratus betul dalam saga masalah United ini.
Adakah United perlu pengurus yang baru? SK berpendapat Ten Hag boleh kekal dengan syarat pemain-pemain dapat memenuhi permintaan taktikal ETH.
“Memberi dan menerima” bak kata orang kampung.
BACA: “Ini Kali Ketiga Saya Rasa Kami Dianiaya” – Ten Hag