Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Kenapa Pil Diletakkan
Kredit: Reader's Digest

Bukan Saja-saja, Ini Rupanya Sebab Botol Pil Preskripsi Biasanya Berwarna Jingga

Athirah

Bukan Saja-saja, Ini Rupanya Sebab Botol Pil Preskripsi Biasanya Berwarna Jingga

Ubat-ubatan sudah digunakan sejak turun-temurun oleh manusia untuk merawat pelbagai penyakit seperti demam, batuk, darah tinggi dan lain-lain.

Sememangnya, ubat-ubatan yang berdaftar ini diketahui berguna untuk mencegah atau merawat, mengawal dan menyembuh penyakit.

Ubat-ubat ini pula dijual dalam pelbagai bentuk seperti tablet, kapsul dan cecair, sama ada diambil melalui mulut ataupun suntikan.

Namun begitu, ada satu pertanyaan yang selalu dibangkitkan apabila berbicara tentang ubat.

Pernah atau tidak anda terfikir mengapa ubat yang dibungkus dalam botol, khususnya untuk pil preskripsi biasanya berwarna jingga jernih?

Kenapa tidak warna lain? Ada tujuan dan alasan tersendiri, ke? Jom kita ‘bedah’ sama-sama.

Bukan saja-saja, ini maksud botol pil berwarna jingga

Menurut Reader’s Digest (RD), penggunaan botol berwarna jingga sebenarnya dapat membantu menapis sinaran UV supaya ia tidak menjejaskan kualiti ubat.

Hampir setiap jenis pil bermula daripada antidepresi, antibiotik, tahan sakit hinggalah bantuan tidur diletakkan di dalam botol berwarna jingga yang disumbat bersama kapas.

Tetapi, jika mahu menghindarkan ubat dari terdedah dengan cahaya, boleh sahaja letak dalam bekas berwarna legap, kan?

Jadi kenapa warna jingga dan jernih?

Menurut RD lagi, ubat-ubatan yang dihantar oleh pengilang ke farmasi memang dibungkus di dalam bekas yang tidak boleh ditembusi cahaya.

Namun, ia akan menyukarkan ahli farmasi dan pesakit untuk melihat kandungan ubat di dalam bekas tanpa perlu membukanya.

Jadi, ahli farmasi biasanya akan membungkus semula ubat-ubatan yang dibeli di dalam bekas berwarna jingga jernih.

Warna jingga dipilih kerana dapat menapis sinaran UV, manakala sifat jernih botol itu pula memudahkan kandungan ubat dapat dilihat dari luar.

Ia sekaligus akan memudahkan para pesakit untuk mengenal pasti baki ubat preskripsi yang tinggal dan membuat perancangan seterusnya.

Selain itu, pemilihan satu warna iaitu warna jingga juga supaya ubat yang diberikan lebih mudah dikenali.

Hal ini kerana, penggunaan jingga sudah menjadi amalan standard dan apabila seseorang melihat botol berwarna tersebut, mereka sudah tahu ubat berkenaan adalah ubat preskripsi.

Penutup putih khas yang direka bersama botol berwarna jingga

Difahamkan, ia adalah langkah keselamatan untuk melindungi kanak-kanak agar tidak mudah untuk membuka botol ubat yang boleh membahayakan mereka.

Biasanya, penutup botol kalis kanak-kanak mempunyai teknik khusus untuk dibuka seperti perlu ditolak ke bawah sambil memulas. Penutup jenis ini masih digunakan sehingga sekarang.

Ia dicipta oleh seorang pakar pediatrik, Henri Breault selepas melihat kempen kesihatan awam yang dilancarkannya pada awal 1960-an tidak berjaya.

Kempen yang dilancarkan Henri ketika itu bertujuan untuk mengurangkan kes keracunan ubat secara tidak sengaja hingga menyebabkan kematian yang banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, kempen kesedaran awam itu tidak banyak membantu mengurangkan kes-kes yang dilaporkan.

Beliau kemudian bekerjasama dengan seorang jurutera untuk mencipta penutup kalis kanak-kanak pertama, yang direka sesuai untuk botol ubat jernih pada tahun 1967.

Inovasi itu seterusnya menjadi inspirasi kepada penggubalan Akta Pembungkusan Pencegahan Racun 1970 oleh Amerika Syarikat.

Akta tersebut antaranya mewajibkan penggunaan penutup kalis kanak-kanak untuk setiap bungkusan ubat dalam botol.

Pengenalan akta berkenaan memberi perbezaan yang besar apabila kes kematian kanak-kanak bawah 5 tahun akibat keracunan ubat secara tidak sengaja turun lebih 80 peratus.

BACA: Kucing ‘Oyen’ Dipercayai Paling Gemuk Di Dunia Sudah Tiada

Sumber: Reader’s Digest