Terkini

Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
suri rumah kepala plastik
Kredit: Detik News & Tribun News

Suri Rumah Dibunuh, Jasad Tanpa Kepala Disumbat Dalam Beg Plastik

Athirah

Suri Rumah Dibunuh, Jasad Tanpa Kepala Disumbat Dalam Beg Plastik

Indonesia baru-baru ini telah digemparkan dengan penemuan mayat tanpa kepala milik seorang wanita yang disumbat dalam beg plastik berwarna jernih.

Menurut Detik News, mayat wanita berkenaan yang berada dalam keadaan mengerikan itu ditemui di sebuah kawasan di Jakarta Utara pada 29 Oktober lepas.

Susulan penemuan berkenaan, polis tempatan beberapa hari kemudian berjaya menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai suspek utama yang membunuh mangsa.

Mayat suri rumah ditemui tanpa kepala, disumbat dalam beg plastik

Jurucakap Polda Metro Jaya, Ade Ary Syam Indradi berkata suspek dipercayai merupakan teman rapat mangsa. Bagaimanapun, hubungan sebenar antara kedua-duanya masih tidak diketahui.

“Polis masih sedang menyoal siasat suspek dan motif pembunuhan kejam tersebut sedang dikenal pasti,” kata Ade seperti yang dilaporkan dalam Detik News.

Tambah Ade lagi, suspek yang bekerja sebagai tukang sembelih ternakan dipercayai membunuh mangsa dengan menggunakan peralatan pisau pekerjaan berkenaan.

“Suspek berkerja sebagai tukang sembelih lembu dan kambing. Hasil siasatan mendapati suspek membunuh mangsa menggunakan pisau yang digunakan untuk menyembelih haiwan.

“Polis masih melakukan siasatan lanjut ke atas suspek,” katanya lagi.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan tanpa kepala

Terdahulu, jasad mangsa tanpa kepala ditemui dibungkus dengan selimut dan diisi dalam sebuah karung plastik berwarna jernih di Wilayah Pluit di Jakarta Utara, Indonesia.

Pencarian lanjut yang dibuat oleh pihak berkuasa kemudian membawa kepada penemuan kepala mangsa di sebuah kawasan belukar, kira-kira 600 meter daripada lokasi jasadnya berada.

Beberapa kesan luka dipercayai berpunca daripada benda tajam turut ditemui pada tubuh wanita berkenaan.

Polis kemudian berjaya mengenal pasti identiti mangsa yang merupakan seorang suri rumah berusia sekitar 40 tahun dan disyaki telah dibunuh.

Maklumat yang dimiliki seterusnya berjaya membantu pihak berkuasa untuk menahan suspek utama yang merupakan kenalan rapat mangsa.

BACA: Tertanya-tanya, Rupanya Ini Beza Deepavali & Diwali Yang Ramai Tak Tahu

BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

BACA: Peminat United Maut Selepas Bergaduh Dengan Penyokong Arsenal

Sumber:

Detik News

,

Detik News (2)