Ratu Trek, Olimpian Wanita Pertama Malaysia Meninggal Dunia
Atlet wanita pertama Malaysia yang mewakili dalam kejohanan Olimpik (Olimpian), Annie Choong dilaporkan meninggal dunia pada usia 90 tahun pada Sabtu, lapor Stadium Astro.
Mendiang yang merupakan ‘Ratu’ trek negara ketika berumur 22 tahun berjaya melayakkan diri 100m Sukan Olimpik Melbourne 1956 atas tiket Malaya.
Pencapaian lain mendiang Annie di pentas global termasuklah Sukan Asia 1954 di Manila serta Tokyo (1958).
Pada 2017, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberikan pengiktirafan kepada mendiang setelah mengharumkan nama negara menerusi acara olahraga dengan namanya disematkan dalam Dewan Kemasyhuran.
https://www.facebook.com/Olympic.Council.Malaysia/posts/10156502250102261?ref=embed_post
Sumber: Stadium Astro