Diana Danielle Hadir Di Mahkamah Rendah Syariah WP Untuk Fail Permohonan Cerai
Pelakon terkenal, Diana Danielle, telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi pendaftaran rujuk dan pemfailan permohonan perceraian terhadap suaminya, pelakon Farid Kamil.
Diana dengan mengenakan jubah hitam tiba di mahkamah sekitar pukul 9 pagi bersama peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Pada mulanya, Diana enggan memberikan sebarang kenyataan kepada media yang menunggu di perkarangan mahkamah sejak awal pagi.
Namun, sebaik sahaja disapa, Diana memberikan kenyataan ringkas dan menyatakan harapan agar proses perceraian ini dipermudahkan.
“Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjang tak perlu.
“Saya berserah, sebab apa yang kita buat hanya merancang dan selebihnya kita tengok apa yang penghujungnya,” katanya.
Sementara itu, peguamnya, Akberdin, menyatakan bahawa permohonan tersebut dibuat kerana tiada persefahaman antara mereka.
“Boleh dikatakan mereka tiada persefahaman. Hari ini kami hanya failkan dan akan dapatkan tarikh kemudian,” katanya.
Kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi perhatian setelah Diana mengumumkan hasrat untuk memfailkan perceraian pada 28 Oktober lalu.
Namun, Farid masih berusaha untuk mempertahankan hubungan mereka dan mengakui bahawa beliau masih menyayangi Diana dan anak-anak mereka.
Sebelumnya, pada 10 Mac tahun lalu, Diana, yang nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Pasangan ini kemudian sah bercerai secara talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu, namun rujuk semula sebulan kemudian.
Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
BACA: Shopee Superstar Awards 2024: Meraikan Pencapaian Terunggul E-Dagang Di Malaysia
BACA: Kerjasama Ibu-Anak Menjayakan Kedai Runcit Kecilan Ke Perniagaan eDagang Ternama
BACA: Barcelona Mungkin Anjur Perlumbaan Kemuncak MotoGP 2024 – Dorna Sports
Sumber: Astro Awani