Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
ptptn run 2024
Tiada Kategori

PTPTN Run 2024 Menyatukan Generasi Dengan Gaya Hidup Sihat

Nurul Naqiyah

PTPTN Run 2024 Menyatukan Generasi Dengan Gaya Hidup Sihat

1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai penaja utama dan Koperasi Pusat Pungutan Zakat (KoPPZ) sebagai penganjur pada hari ini mengadakan PTPTN Run 2024 yang berkonsepkan fun run bagi menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim. Acara larian berorientasi riadah ini berlangsung di Dataran DBKL, Kuala Lumpur.

2. PTPTN Run 2024 melibatkan jarak larian sejauh 3 kilometer, 5 kilometer dan 7 kilometer dapat menerapkan budaya hidup yang lebih sihat dan cergas. Program ini telah berjaya menarik 3,000 penyertaan yang terdiri daripada kanak-kanak, dewasa dan warga emas semenjak pendaftaran dibuka pada 23 Ogos 2024 yang lalu. Penganjurannya juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN dalam menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui sukan untuk semua. Ia juga diadakan sebagai menghargai para pelanggan yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada PTPTN.

ptptn run 2024

3. Program dimulakan dengan pelepasan atau flag off kayuhan basikal melibatkan 200 orang peserta anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan flag off peserta larian yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN. Hadir sama, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, YBrs. Tuan Haji Khairulazhar Samsudin, Timbalan Pengerusi Koperasi PPZ (KoPPZ), YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBrs. Tuan Haji Mohd Saufiyuddin Abu Bakar, Ahli Lembaga KoPPZ, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Pengurusan dan kakitangan PTPTN, wakil-wakil kementerian, rakan-rakan strategik PTPTN dan pihak media.

4. Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, “Program PTPTN Run 2024 merupakan salah satu usaha murni PTPTN dalam menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan ini tidak hanya memberikan kesan positif kepada kesihatan fizikal, tetapi juga memberi impak yang baik kepada kesihatan mental dan emosi seseorang. Besar harapan saya, program larian ini dapat menyumbang kepada pembentukan komuniti sihat sekali gus dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan membangunkan produktiviti negara.”

ptptn run 2024

5. “Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan semasa PTPTN Run 2024 ini berlangsung. Antaranya, senamrobik, slot kuiz PTPTN, pembukaan booth PTPTN dan acara cabutan hadiah dengan sepuluh (10) hadiah lumayan berjumlah RM10,000 menanti peserta terlibat,” tambah beliau lagi.

6. PTPTN yang merupakan agensi di bawah KPT dan peneraju tabung pendidikan utama negara percaya bahawa modal insan yang berkualiti memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kemajuan negara dengan melahirkan individu yang berdaya tahan, inovatif dan proaktif serta bersedia menghadapi cabaran masa depan. Oleh itu, sokongan kuat dan berterusan dari masyarakat terhadap program seumpama ini dapat menyumbang kepada pembentukan komuniti yang memiliki badan cergas, minda cerdas sekali gus dapat menyemai gaya hidup sihat dan meningkatkan produktiviti negara.