Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gambar: Facebook Fahmi Fadzil

Malaysia Terbuka Kerjasama Dengan Palestin Pulihkan Telekomunikasi Gaza – Fahmi

Athirah

Malaysia Terbuka Kerjasama Dengan Palestin Pulihkan Telekomunikasi Gaza – Fahmi

ISTANBUL, 5 Nov (Bernama) — Malaysia tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Palestin untuk memulihkan sektor telekomunikasi di Gaza, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Turkiye, mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi Negara Palestin Mohammad al-Amour hari ini untuk membincangkan potensi kerjasama antara Malaysia dan Palestin dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata terdapat banyak peluang yang boleh diteroka Malaysia dan Palestin, seperti transformasi digital, pembayaran dalam talian, bank digital dan e-dompet.

“Saya fikir perkara ini akan banyak membantu dalam memulihkan ekonomi (Palestin),” katanya kepada Mohammad selepas menghadiri majlis penutup Sesi Ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini.

Mohammad yang mewakili kerajaan Palestin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang tidak berputus asa memberi sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan dan Latihan Statistik, Ekonomi dan Sosial bagi Negara-Negara Islam (SESRIC) Zehra Zumrut Selcuk.

Fahmi berkata beberapa peluang kerjasama boleh diteroka terutamanya melibatkan latihan global antara SESRIC dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) serta Akademi MCMC.

Semalam, beliau memberi kenyataan sebagai wakil Kumpulan Asia negara-negara anggota OIC pada COMCEC, selain Qatar dan Gambia.

Kunjungan ini merupakan kali pertama dalam tempoh 40 tahun seorang menteri Malaysia ke COMCEC yang kali terakhir dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah pada 1984.

Sumber: BERNAMA