Siakap Keli
pusat mediasi komuniti putrajaya
Sumber : Kementerian Perpaduan Negara

Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya: Inisiatif Memupuk Perpaduan Kalangan Masyarakat

Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya: Inisiatif Memupuk Perpaduan Kalangan Masyarakat

PUTRAJAYA, 5 November 2024 – Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya telah dirasmikan hari ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad. Pusat ini diwujudkan sebagai langkah proaktif untuk memupuk perpaduan serta menyediakan platform  penyelesaian konflik secara aman dan berkesan dalam kalangan masyarakat. 

Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya merupakan hasil kerjasama strategik antara  Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan BahagianPengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri dan Perbadanan Putrajaya.  Penubuhan pusat ini menjadi bukti komitmen pihak kerajaan dalam usaha  memperkukuh perpaduan nasional melalui pendekatan yang lebih inklusif dan  menyeluruh. 

Dalam ucapannya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam menekankan peranan penting yang  dimainkan oleh para mediator komuniti yang telah dilatih untuk menawarkan perkhidmatan mediasi secara probono. “Sehingga kini, terdapat seramai 571 orang  mediator komuniti berjaya ditauliahkan dan berkhidmat dengan penuh dedikasi,  membantu menyelesaikan konflik tanpa perlu melalui proses undang-undang yang  rumit dan panjang,” kata beliau. Daripada jumlah tersebut, 33 orang Mediator Komuniti berada di Putrajaya sedia memberikan perkhidmatan kepada warga  Putrajaya.  

Pusat ini diharapkan dapat menggalakkan penyelesaian konflik yang lebih cepat dan kondusif dalam kalangan komuniti, terutama kawasan pembangunan berstrata  yang semakin pesat di Putrajaya. Dijangka kes-kes komuniti dalam kawasan  kejiranan yang melibatkan pertikaian-pertikaian penggunaan harta bersama  seperti lift, koridor, tempat letak kenderaan dan pelbagai lagi. 

Dengan kewujudan Pusat ini, diharap dapat membantu mengurangkan beban pihak berkuasa seperti PDRM dalam menangani kes-kes kecil atau pertikaian antara kejiranan yang boleh diselesaikan secara damai selain berupaya memberi sokongan psikososial kepada individu atau keluarga yang terlibat dalam pertikaian.

Selain itu,  pusat ini juga berfungsi sebagai ruang perantara yang kondusif untuk masyarakat yang berkonflik, di mana mereka dapat berbincang secara terbuka  dengan bantuan mediator berkecuali. 

Proses mediasi ini bukan sahaja membantu meredakan konflik, tetapi juga memupuk sikap toleransi dan persefahaman dalam kalangan anggota komuniti,  sejajar dengan konsep Malaysia MADANI. 

Dengan perasmian Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya ini, Malaysia kini mempunyai lapan (8) pusat mediasi yang beroperasi di pelbagai lokasi, menyasarkan untuk  memperluas perkhidmatan ini di peringkat negeri, daerah, dan komuniti bagi  memenuhi keperluan yang lebih meluas.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.