Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Korang mesti teringin nak jalan-jalan KL, tapi risau soal pengangkutan dan kewangan? Takkan nak jalan-jalan satu tempat je? Korang mesti nak singgah banyak tempat yang menarik.
Kalau naik grab untuk singgah satu tempat ke satu tempat, banyak pula perlu keluarkan duit hanya pada pengangkutan. Belum lagi duit untuk makan, beli cenderamata dan aktiviti yang menarik.
Korang tahu tak, hanya dengan RM6 korang boleh jalan-jalan pusing satu Kuala Lumpur (KL)?
Pas MyCity adalah pas perjalanan tanpa had untuk semua perkhidmatan di bawah kendalian Rapid KL seperti MRT, LRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas perantaraan MRT di Lembah Klang. Korang boleh dapatkan Pas MyCity di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di semua stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT.

Bawa MyKad atau kad Touch n Go di mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, atau hab bas terpilih.
Tunjukkan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan bertugas untuk pengesahan.

Setelah disahkan oleh Pegawai Khidmat Pelanggan, sila lampirkan kad Touch ‘n Go atau MyKad untuk pengaktifan Pas MyCity.
Pastikan baki minima RM5 sentiasa mencukupi di dalam MyKad atau korang perlu tambah nilai untuk menikmati perkhidmatan Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas perantara MRT.
Bawa kad Touch ‘n Go di mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, atau hab bas terpilih untuk pembelian dan pengaktifan Pas MyCity.
Pastikan baki minima RM5 sentiasa mencukupi di dalam MyKad atau korang perlu tambah nilai untuk menikmati perkhidmatan Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas perantara MRT.

Harga: RM6
Tempoh Sah: 1 Hari
Minimum baki nilai dompet: RM5
Pembelian kali pertama: RM15 termasuk nilai dompet RM5 dalam kad Touch N ‘Go dengan harga kad RM5
Harga: RM15
Tempoh Sah: 3 Hari
Minimum baki nilai dompet: RM5
Pembelian kali pertama: RM15 termasuk nilai dompet RM5 dalam kad Touch N ‘Go dengan harga kad RM5

Sumber: MyRapid