Siakap Keli
lelaki conteng jambatan
Gambar: Bernama

Polis Tahan Lelaki Khianat Conteng Di Jambatan Besi

Polis Tahan Lelaki Khianat Conteng Di Jambatan Besi

TELUK INTAN — Polis menahan seorang lelaki , 44, dipercayai melakukan perbuatan khianat menconteng Jambatan Besi Kereta Api Kampung Bahagia di sini, pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, pihaknya telah menerima satu laporan mengenai kes tersebut sekitar jam 10 malam.

Bertindak atas maklumat, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) segera ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek yang sedang melakukan perbuatan berkenaan. Turut dirampas sebanyak empat buah tong cat pelbagai warna.

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terlibat dalam kes ini. Hasil saringan awal, suspek didapati positif ganja (THC).

“Hasil semakan kompol didapati suspek mempunyai lapan rekod lampau dari tahun 2012 sehingga 2022,” jelas Adnan dalam kenyatan tersebut.

Tambah Ahmad Adnan, suspek kini telah ditahan reman bermula 3 hingga 6 November 2024 untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara satu hingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

“Pihak polis ingin menasihati dan mengingatkan kepada orang ramai agar tidak mengkhianati harta benda awam. Kesedaran dan tanggungjawab bersama adalah penting untuk menjaga kebersihan dan keselamatan masyarakat,” jelasnya.

Sumber: Polis Daerah Hilir Perak

BACA: Warga Emas Meninggal Dunia Disengat Tebuan

BACA: Polis Tahan Lima Lelaki Susulan Kekecohan Antara Penyokong NSFC, JDT

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.