Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Anggota MALBATT 850-12 Dikhuatiri Cedera Terkena Serpihan Letupan
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang baharu tiba bagi menyambung misi pengaman di Lubnan terkena serpihan letupan di sekitar kawasan lapangan terbang negara itu pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa satu kenyataan media daripada Markas Angkatan Tentera Bersama akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Semalam, penghantaran pertama pasukan MALBATT 850-12, melibatkan 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dilakukan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penugasan dan penghantaran pasukan MALBATT 850-12 diatur gerak secara berperingkat ke Lubnan, bermula semalam hingga 18 Nov ini.
Sumber: BERNAMA