Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Beg Berisi Wang Tunai RM1 Juta Sudah Ditemukan – Polis

Azizah Najib
beg rm1 juta ditemukan
Kredit: Bernama

Beg Berisi Wang Tunai RM1 Juta Sudah Ditemukan – Polis

PETALING JAYA, 7 November (Bernama) — Beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang petang semalam di Ampang, sudah ditemukan di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata beg berkenaan yang berada di tengah laluan itu ditemukan oleh orang awam pada hari sama kejadian dilaporkan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati van keselamatan yang membawa wang itu dipercayai dalam perjalanan dari sebuah bank di Ampang menuju ke Kuala Lumpur.

BACA: Rangkaian 5G Kedua: Menteri, Timbalan Menteri Komunikasi Tidak Terlibat Proses Pemilihan

“Beg itu dipercayai terjatuh ketika kenderaan melalui kawasan selekoh laluan tersebut.

“Setakat ini beg itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan maklumat lanjut akan dikongsikan nanti selepas siasatan selesai,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Sasikala Devi berkata setakat ini pihaknya sedang mengambil keterangan daripada individu yang menemukan beg berkenaan dan pemandu van keselamatan.

BACA: APAD Keluar Larangan Sementara Penggunaan Soket Dalam Bas Ekspres

Terdahulu, Ketua Polis Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.55 petang semalam, selepas proses kutipan dilakukan sebuah syarikat keselamatan daripada sebuah bank, dekat sini.

Berikutan itu polis telah menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Difahamkan kehilangan beg berkenaan disedari pemandu van keselamatan terlibat selepas mendapati pintu kenderaan itu dalam keadaan terbuka, sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu.

BACA: Beg Berisi Wang Tunai RM1 Juta Hilang Selepas Proses Kutipan

Sumber: Bernama