JBL Mempertingkatkan Pengalaman Teater Rumah
Kuala Lumpur, 07 November 2024 – JBL baru-baru ini mengumumkan pelancaran JBL Modern Audio (MA) AV Receivers dan Stage 2 Loudspeakers, produk teater rumah berprestasi tinggi terkini untuk peminat muzik dan filem generasi seterusnya.
JBL MA AV Receivers dan Stage 2 Loudspeakers direka khas untuk digabungkan secara sempurna ke dalam kediaman moden. Ia turut mudah untuk dipasang, disambungkan dan dipertingkatkan. Kedua-dua produk ini menawarkan sistem bersepadu yang menggabungkan kesederhanaan, reka bentuk, kualiti, serta kebolehskalaan pada harga yang berpatutan.
Direka bentuk untuk berfungsi bersama, kedua-dua peranti ini menyediakan penyelesaian luar biasa untuk penggemar hiburan rumah, sama ada anda ingin meningkatkan sistem sedia ada atau mahu menghayati audio berprestasi tinggi.
Memanfaatkan kepakaran JBL dalam audio pawagam, termasuk penguatan digital dan teknologi pembesar suara yang dipatenkan, barisan produk imaginatif ini memudahkan penghasilan pengalaman teater rumah yang unggul.
Penyelesaian Teater Rumah Tanpa Kerumitan
Ramai pengguna mendapati pengalaman pembelian komponen teater rumah sesuatu yang terlalu kompleks. Namun begitu, JBL MA AV Receivers dan Stage 2 Loudspeakers direka secara khas sebagai sistem turnkey yang sedia untuk digunakan, mudah difahami dan mudah dipasang.
Dengan penyelesaian berjenama tunggal yang menawarkan sistem bersepadu yang efektif, pengguna tidak perlu memikirkan tentang keserasian komponen. Ini memudahkan persediaan kerana pengguna tidak perlu menghabiskan masa untuk kerja pemasangan sistem. Sebaliknya, mereka dapat meluangkan lebih masa untuk menikmati sistem tersebut.
Mentakrifkan Semula Kesederhanaan
Menampilkan fungsi intuitif, kemudahan penggunaan dan penyepaduan yang lancar, JBL MA AV Receivers dan Stage 2 Loudspeakers mengutamakan kesederhanaan. Dengan aplikasi mudah alih EZ Set EQ, pengguna boleh menentukur sistem untuk memadankan dengan ruang mereka, manakala AVR yang didayakan Wi-Fi pula menampilkan penyepaduan “Works with SmartThings” yang membolehkan pengguna membuat rutin automatik yang mengawal peranti IOT mereka yang lain dengan hanya menekan satu butang.
Sistem ini serasi dengan pelbagai jenis platform audio. Sama ada anda mahu menyambungkan muzik daripada peranti mudah alih melalui Apple AirPlay atau Chromecast, pasangan Bluetooth atau penstriman daripada Spotify, anda pasti dapat menikmati pengalaman audio yang tiada tandingan.
Reka Bentuk Yang Terserlah
JBL MA AV Receivers dan Stage 2 Loudspeakers sepadan dengan gaya hidup hari ini dalam cara ia berfungsi dan juga penampilannya. Ramping dan anggun, dengan reka bentuk kontemporari dan unik, rangkaian ini, yang didatangkan dalam pilihan warna Latte dan Espresso, sangat sesuai untuk dipadankan dengan dalaman moden.
JBL: Piawaian Emas dalam Audio
Dengan lebih daripada 75 tahun pengalaman, JBL ialah penyedia audio utama untuk panggung wayang, studio rakaman dan teater rumah di seluruh dunia dan barisan jurutera jenama mereka telah memenangi Anugerah Akademi, termasuk dua anugerah pada tahun 2002 untuk inovasi teknikal yang cemerlang. Dibangunkan di JBL Centre of Acoustics Excellence di Northridge, California, akustik termaju sistem – menampilkan waveguides HDI yang dipatenkan untuk bunyi yang mengisi bilik dan tweeter anod untuk audio sejernih kristal – direka oleh barisan jurutera yang telah mencipta sistem audio berprestasi tinggi yang termaju di pasaran hari ini.
Boleh Diskalakan Mengikut Keperluan Pengguna
Bagi pengguna yang baru bermula dengan sistem dua saluran, atau mereka yang mahu menaik taraf daripada bar bunyi atau sistem audio rumah ringkas, ataupun mereka yang ingin membina persediaan teater rumah yang menampilkan video HDMI 8K, audio mendalam Dolby Atmos® dan DTS:X, rangkaian produk ini boleh diskalakan mengikut sebarang keperluan. Selain itu, prestasi setiap model telah dioptimumkan secara individu dan sebagai satu sistem yang dapat memberikan kebebasan kepada pengguna untuk membuat persediaan yang mereka inginkan tanpa menjejaskan kualiti audio.
“JBL diiktiraf sebagai peneraju dalam pengalaman sinematik berprestasi tinggi, jadi tidak mengejutkan yang barisan produk teater rumah baharu kami menawarkan kualiti yang luar biasa dengan tetapan standard yang baharu dalam kategorinya,” kata Dave Tovissi, Naib Presiden & Pengurus Besar, Luxury Audio di HARMAN International.
“Penyelesaian untuk pengguna moden dijadikan keutamaan semasa kami membangunkan produk ini. Kami memastikan reka bentuk sistem yang dicipta dapat digabungkan dengan sempurna ke dalam gaya hidup hari ini supaya pengguna dapat kualiti bunyi dan kemudahan penggunaan yang mereka inginkan daripada sistem teater rumah yang belum pernah ditemui.”
Temui Barisan Teater Rumah JBL
JBL MA AV Receivers tersedia dalam pelbagai model, termasuk:
- The 60W JBL MA310 5.2-channel 4K AV Receiver
- The 75W JBL MA510 5.2-channel 8K AV Receiver
- The 110W / 125W MA710 / MA710HP 7.2-channel 8K (High Performance) AV Receiver
- The 140W JBL MA9100HP, with either 5.1, 7.1, or 9.1 channels, Dolby Audio® and DTS® or Dolby Atmos and DTS:X support, low noise Class D amplification, and broad compatibility
JBL Stage 2 Loudspeakers juga menawarkan pelbagai model dan piihan, termasuk:
- The 260F and 280F Floor-standing models
- The 240B and 250B Bookshelf models with separate floor stands
- The 245C Center Channel speaker
- The 240H Dolby Atmos enabled Height Module
- The 200P and 220P Subwoofers
JBL MA Series AV Receivers dan JBL Stage 2 Loudspeakers akan tersedia mulai hari ini pada harga runcit bermula RM2,900.00 hingga RM11,300.00 untuk JBL MA AV Receivers dan RM2,000.00 hingga RM7,900.00 untuk sepasang JBL Stage 2 Loudspeakers.
Rakyat Malaysia boleh kunjungi bilik pameran AV Designs yang terletak di Boulevard Business Park untuk menguji produk. Pembelian produk boleh dibuat di ActSessory Shoppe (https://actsessory.com/).