KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas, bulan lepas.
Amirul Iskandar Norhanizan, 22, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, dengan menggunakan seterika wap yang panas di akademi berkenaan di UPNM, Kem Sungai Besi, Cheras di sini pada 11.45 malam, 22 Okt.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Sumber: Bernama
BACA: Pegawai Kadet UPNM Didakwa Cederakan Junior Guna Seterika Wap Panas