Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 10 Negeri Hingga 4 Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda kebanyakan kawasan hampir di seluruh negara petang ini.
Menurut MetMalaysia, fenomena cuaca itu dijangka melanda seluruh kawasan di Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.
Manakala di Kedah, kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Perak, amaran sama dikeluarkan bagi kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Bagi Kelantan, kawasan yang terlibat adalah Jeli dan di Terengganu pula melibatkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Beralih ke Pahang, amaran cuaca yang dikeluarkan merangkumi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin.
Seterusnya di Selangor, MetMalaysia menjangkakan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang akan dibadai fenomena cuaca itu pada petang ini.
Manakala Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau adalah kawasan-kawasan di Negeri Sembilan yang terlibat dengan amaran itu.
Di Johor, kawasan-kawasan yang dijangka terjejas adalah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Bagi negeri Sarawak, amaran tersebut menyenaraikan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang sebagai kawasan yang dijangka terjejas.
Seterusnya di Sabah, kawasan-kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud,
Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.
BACA: Dr Asyraf Terjah MRSM Langkawi, Ada Pintu Tandas Terus Tumbang Selepas Ditolak Dengan Jari