Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tempoh Interim Tamat, Nistelrooy Serah Tugas Kepada Amorim
Kemenangan ke atas Leicester City malam tadi menjadi perlawanan penutup untuk Ruud van Nistelrooy sebagai pengurus interim Manchester United.
Nistelrooy hanya sempat menguruskan empat perlawanan dengan cemerlang selepas mencatatkan 3 kemenangan dan 1 seri.
United bermain dengan corak jauh lebih baik jika dibandingkan ketika Erik Ten Hag menjadi pengurus di beberapa perlawanan terakhir beliau sebelum dipecat.
Lebih garang di depan gol, lebih banyak peluang yang dicipta, lebih baik ketika bertahan dan menterjemah peluang kepada jaringan.
Boleh dikatakan ketika kendalian Nostelrooy ini United menjadi United yang sepatutnya mereka jadi.
Sepanjang 4 perlawanan, United menjaringkan 11 gol dan bolos 3 gol sahaja.
Jika dibandingkan dengan 4 perlawanan sebelum itu dibawah kendalian Ten Hag, United jaringkan 4 gol dan bolos 4 gol.
Ruud van Nistelrooy yang juga legenda United telah membuktikan beliau ada kemampuan menjadi pengurus pasukan yang cemerlang.

Namun, kelab telah membuat keputusan dan Ruben Amorim secara rasmi akan memulakan tugas selepas rehat antarabangsa nanti.
Memetik kenyataan dari penjaga gol sensasi, Andre Onana, semua pemain United mahu Nistelrooy kekal.
“Namun semua keputusan diputuskan oleh kelab dan kami menghormatinya.” tambah Onana.
Amorim akan memulakan tugas pertama menentang Ipswich Town di saingan liga, Glimt untuk saingan Liga Europa, Everton, seteru utama mereka iaitu Arsenal dan Nottingham Forest.
Lima perlawanan pertama yang agak getir buat Amorim apabila bakal bertemu dengan dua pasukan dalam kelompok 5 teratas liga.
Adakah Man United mampu mempertahankan rekod tanpa kalah yang ditinggalkan Nistelrooy?
Mampukah Ruben Amorim menahan tekanan Liga Perdana Inggeris? Sama-sama kita saksikan nanti.
BACA: Bruno Fernandez ‘Ingatkan’ Era Baru Manchester United Akan Bermula