Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Lelaki Disyaki Bunuh Ibu, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Beku Sejak 2021
Mayat seorang wanita ditemui di dalam sebuah peti sejuk beku selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sejak 2021 dalam kejadian di Jalan Klang Lama, lapor Sinar Harian.
Kejadian tersebut dipercayai terbongkar apabila suspek membuat panggilan kecemasan selepas menghadapi masalah kesihatan kronik.
“Berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan peti sejuk beku berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian,” kata sumber terbabit.
Pihak polis mengesahkan seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan ibunya pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan terhadap suspek, yang merupakan warga tempatan berusia 53 tahun.
“Polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang wanita pada jam 8.48 pagi di dalam peti sejuk beku.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.
Setakat ini, siasatan lanjut di lokasi kejadian masih dijalankan oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields. Motif pembunuhan masih disiasat.
Sementara itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
BACA: Kementerian Pertahanan Ambil Langkah Proaktif Cegah Kes Buli Di UPNM