Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
pesawat terkena tembakan
Kredit: AFP

Pesawat Terkena Tembakan Ketika Cuba Mendarat Di Haiti

Athirah

Pesawat Terkena Tembakan Ketika Cuba Mendarat Di Haiti

Sebuah pesawat Spirit Airlines dilaporkan terkena tembakan ketika cuba mendarat di Port-au-Prince, Haiti, pada Isnin, lapor AFP.

Menurut syarikat penerbangan Amerika Syarikat menerusi satu kenyataan, seorang kru mengalami kecederaan ringan akibat kejadian terbabit.

Dalam pada itu, penerbangan 951 dari Fort Lauderdale, Florida ke Port-au-Prince tersebut telah dilencongkan dan selamat mendarat di negara Republik Dominica.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kerosakan pada pesawat yang selaras dengan tembakan tersebut.

“Tiada kecederaan para penumpang dilaporkan,” ujar kenyataan itu.

Difahamkan, perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah tersebut telah digantung sementara untuk menunggu penilaian selanjutnya.

BACA: Boeing 787 Menuju China Patah Balik Ke Rom Akibat Kebakaran Enjin

Pesawat yang rosak itu pula telah dihentikan sementara waktu, manakala pihak syarikat penerbangan telah mengatur para penumpang untuk kembali ke Fort Lauderdale pada hari Isnin.

Menurut portal Miami Herald, lapangan terbang di Port-au-Prince telah menghentikan semua penerbangan komersial susulan kejadian berkenaan.

Sementara itu, syarikat penerbangan, American Airlines turut mengumumkan penangguhan perkhidmatan penerbangannya antara Miami dan ibu negara Haiti sehingga Khamis.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) pula berkata mereka mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut.

Kumpulan perdagangan yang mewakili syarikat penerbangan itu turut menekankan mengenai keperluan mendesak untuk langkah keselamatan yang teguh bagi melindungi operasi udara.

AFP berkata, insiden tembakan terbabit berlaku ketika Perdana Menteri baharu Haiti, Alix Didier Fils-Aime mengangkat sumpah di tengah-tengah isu perebutan kuasa di negara itu.

Buletin rasmi tempatan melaporkan majlis peralihan Haiti telah bertindak mengadakan mesyuarat untuk mencari pengganti Perdana Menteri sebelum ini, Garry Conille.

BACA: Ibu Lega Jumpa Mr. D, Tukang Gunting Rambut Pandai Ambil Hati Anak Autisme

Difahamkan, keputusan sembilan anggota majlis itu dilakukan bagi tujuan menolak Conile selepas hanya lima bulan memegang jawatan dan menggantikannya dengan ahli perniagaan, Alix.

Menurut AFP, majlis berkenaan adalah badan baharu yang tidak dipaparkan dalam perlembagaan dan tidak diluluskan oleh parlimen.

Ini kerana negara Haiti tidak mempunyai badan perundangan yang bersidang.

Di samping itu, negara terbabit tidak mengadakan pilihan raya sejak 2016 sekaligus membuka ruang politik yang memburukkan lagi krisis keselamatan dan kesihatan sedia ada.

AFP berkata, kumpulan yang berkuasa dan bersenjata lengkap telah mengawal sebahagian besar ibu kota Haiti.

Sumber: AFP