Banyak Bakti Kepada Negara, Siapa Sebenarnya Tun Daim Zainuddin?
Bila sebut nama Tun Daim Zainuddin, ramai rakyat Malaysia terutama generasi muda mungkin tidak mengenali figura ini dengan mendalam.
Namun, bagi mereka yang mengikuti perkembangan ekonomi negara sejak beberapa dekad yang lalu, Tun Daim bukanlah nama yang asing.
Seorang tokoh yang sangat disegani dalam bidang ekonomi dan politik negara, beliau telah memainkan peranan penting dalam membantu Malaysia mencapai kestabilan ekonomi, khususnya ketika negara berdepan pelbagai cabaran ekonomi yang genting.

Tun Daim disahkan meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada kira-kira jam 8.21 pagi tadi setelah dua mingggu menerima rawatan.
Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 pada kira-kira jam 6.07 petang.
Pengebumian Tun Daim berlangsung dalam keadaan cuaca redup selepas hujan itu turut dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga dan rakan.
Kehilangan beliau adalah satu kerugian besar buat negara.
Pengabdian beliau kepada negara akan menjadi inspirasi kepada ramai, dan legasinya pasti akan terus dikenang oleh generasi kini dan akan datang.