Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Wanita maut dihempap kontena
Gambar: JPBM Pulau Pinang

Wanita Maut, Lelaki Cedera Parah Dihempap Kontena

Hannah

Wanita Maut, Lelaki Cedera Parah Dihempap Kontena

BUKIT MERTAJAM, 13 Nov (Bernama) — Wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah di sini hari ini.

Gambar: JPBM Pulau Pinang

Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah merupakan pemandu Honda Jazz.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Nor Azamuddin Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.31 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda bergegas ke lokasi kemalangan.

“Kemalangan itu melibatkan tiga kereta iaitu Perodua Bezza, Honda Jazz dan Toyota Atlis serta dua lori termasuk treler.

“Terdapat dua mangsa tersepit akibat dihempap kontena yang terjatuh daripada treler berkenaan, namun mangsa lelaki berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba dan dibawa ke hospital oleh ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Azamuddin berkata bomba terpaksa menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa wanita yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Gambar: JPBM Pulau Pinang
Gambar: JPBM Pulau Pinang

“Kerja-kerja mengalihkan kontena yang terjatuh dibantu dua kren dan kemalangan telah menyebabkan kesesakan teruk di lokasi kejadian,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial beberapa rakaman video kejadian itu yang memaparkan sebuah treler membawa kontena dari arah Bukit Tengah menghala ke Bukit Minyak sedang belok ke kiri di persimpangan lampu isyarat sebelum kontena tersebut terjatuh dan menghempap beberapa kenderaan di laluan bertentangan.

BACA: Adik Alisa Umairah Kini Kritikal, Dimasukkan Dalam ICU

BACA: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Meninggal Dunia

BACA: 35 Maut, 43 Cedera Selepas Dirempuh Kereta Di Pusat Sukan

Sumber: BERNAMA