Siakap Keli
susah cabut plug soket

“Plug” Tersekat & Susah Nak Cabut, Ini Penyelesaiannya

“Plug” Tersekat & Susah Nak Cabut, Ini Penyelesaiannya

Penggunaan soket sudah tidak asing lagi dalam urusan seharian kita. Malah, kedudukan dan bilangan soket yang ada menjadi salah satu ciri utama ketika membuat pemilihan rumah mahupun bilik sewa.

Penemuan soket yang tidak berfungsi kadang-kala bukan saja mengecewakan penyewa. Malah menyukarkan kita lakukan aktiviti seperti biasa antaranya mengecas telefon atau menggunakan peralatan seperti kipas dan lampu berdiri.

Bukan itu sahaja, keadaan soket yang berlainan dari kebiasaan seperti terlalu longgar atau ada kesan hangus, membuatkan kita ragu-ragu untuk menggunakannya.

BACA: 33 Tahun Rakam Siaran TV, Kisah Marion Stokes Simpan 71,716 Pita Rakaman

Pernahkah anda melalui situasi sarung kepala palam (plug) tercabut sedangkan bahagian pin palam tersebut masih melekat di soket? Mungkin juga anda mengalami kesukaran memasang palam sehingga terpaksa mengetuk kepala palam?

Jika pernah, pasti anda rasa takut untuk terus menggunakan soket tersebut kerana ragu-ragu akan aspek keselamatannya.

Untuk pengetahuan anda, keadaan ini bukan kes terpencil yang tidak ada penyelesaiannya. Dengan mengetahui punca ia berlaku, soket tersebut dapat diselamatkan dari terbiar berhabuk, tidak digunakan.

Lima punca plug susah dicabut dari soket dan cara baikinya

Menurut Electrical Faults Fixed, punca pertama dan paling mudah untuk kita kenal pasti ialah soket tersebut masih baharu. Disebabkan soket tersebut masih belum atau sangat jarang digunakan, bahagian dalam soket masih ketat. Keadaan ini disebabkan ruang pin di soket direka muat-muat mengikut saiz standard pin di palam. Ia bagi mewujudkan aliran elektrik yang baik dari soket ke palam.

Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh cuba cara berikut. Cuba tekan suis beberapa kali, kemudian periksa sama ada ruang pin di soket sudah longgar sedikit. Pastikan tiada sebarang soket yang dipasang ketika anda mencuba cara ini.

Kemudian, cuba pasang dan cabut palam beberapa kali dan periksa sama ada soket sudah longgar sedikit. Pastikan suis sudah dimatikan terlebih dahulu.

BACA: Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Tingkap Pesawat Berbentuk Bujur

Punca kedua soket menjadi ketat ketika anda cuba mencabut palam ialah terdapat kerosakan pada mekanisme pengatup  (shutter mechanism) yang ada di bahagian dalam soket. Selalunya, keadaan ini boleh dikesan apabila palam hanya dapat dipasang separuh atau langsung tidak dapat dipasang.

Jika keadaan ini berlaku kepada anda, sudah semestinya anda perlu menggantikan soket tersebut. Dapatkan khidmat juruelektrik yang bertauliah untuk menggantikan soket anda. Sedikit tip, periksa semua soket supaya juruelektrik dapat menggantikan kesemua soket sekaligus supaya dapat berjimat.

Karat turut menjadi punca susah cabut plug dari soket

Selain dari itu, pengaratan juga merupakan salah satu punca soket menjadi ketat. Pengaratan di bahagian dalam menyebabkan ruang pin di soket tersumbat. Jika anda mendapati terdapat kesan karat di pin plug apabila dicabut, sudah pasti anda perlu menggantikan soket tersebut. Tetapi sebelum itu, selesaikan dahulu masalah kelembapan yang berlaku untuk memastikan masalah yang sama tidak berulang.

Begitu juga dengan kewujudan habuk dan kotoran yang masuk ke dalam ruang soket. Keadaan ini lebih kerap berlaku di kawasan yang terdedah seperti di luar rumah atau bangsal berbanding soket yang berada di dalam rumah. Apabila terlalu banyak habuk dan kotoran berkumpul, rintangan aliran elektrik menjadi tinggi, menyebabkan soket menjadi panas ketika digunakan. Akibatnya, berlaku kerosakan di bahagian dalaman soket dan boleh menyebabkan soket menjadi ketat.

BACA: Ini Cara Kumpul RM12k Dalam 2 Tahun, Sedar-Sedar Duit Dah Cukup

Untuk mengatasi masalah ini, soket tersebut perlu digantikan. Jangan cuba untuk cuci soket melalui ruang palam. Ia boleh menyebabkan anda terkena renjatan elektrik selain berkemungkinan merosakkan sistem elektrik.

Akhir sekali, punca soket menjadi ketat atau palam tidak dapat dimasukkan sepenuhnya mungkin disebabkan ada pin palam yang terpatah dan tersekat di bahagian dalam ruang soket. Jika ada, tutup sumber utama elektrik dan cuba keluarkan pin tersebut. Anda mungkin perlukan khidmat juruelektrik dan gantikan soket.

Sumber: Electrical Faults Fixed

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.