Ini Cara Kumpul RM12k Dalam 2 Tahun, Sedar-Sedar Duit Dah Cukup
Di usia muda ini, banyak benda kita nak buat. Lepas tu, bila dah dapat pegang duit sendiri, macam-macam rasa nak beli. Teringin nak beli perfume, kasut, beg berjenama, pergi melancong. Belum kira lagi teringin nak makan itu, ini.
Tapi, dalam masa yang sama, nak juga beli kereta dan miliki rumah sendiri. Tambahan pula bila nampak rakan sebaya berjaya miliki kereta dan rumah di usia muda, sedangkan kita pula masih struggle dengan urusan kewangan.
Isu kewangan sememangnya tidak pernah habis dibincangkan sama ada di peringkat individu mahupun keluarga.
Pada 2022, Jabatan Insolvensi melaporkan kes muflis yang majoritinya terdiri daripada tunggakan atau gagal bayar hutang pinjaman kenderaan, perumahan, peribadi dan perniagaan.
Jadi, sebagai seorang yang ada keinginan untuk miliki kereta dan rumah sendiri, bagaimana caranya untuk memastikan korang tidak tergolong dalam mereka yang gagal membayar semula pinjaman?
Jawapannya ialah dengan membayar deposit yang tinggi supaya bayaran pinjaman bulanan korang menjadi rendah dan mampu dibayar walau apapun yang terjadi. Malah, cara ini juga dapat memendekkan tempoh pinjaman selain mengurangkan jumlah faedah yang perlu dibayar.
Untuk membayar deposit yang tinggi, sudah tentu kena ada simpanan. Namun, salah satu cabaran untuk menyimpan ialah ramai tak tahu strategi menyimpan dengan betul. Awal bulan masuk 200, hujung bulan tabung bocor.
Strategi terbaik dan paling mudah simpan duit
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi caranya membuat simpanan yang memang berkesan. Sedar tak sedar, wang simpanan dah pun cukup buat beli kenderaan idaman.
Ini trick untuk kaki boros macam aku dapat simpan duit dengan konsisten. Tiada lagi tabung bocor hujung bulan. Trick ni aku guna masa nak kumpul duit beli kereta awal 2022 dulu.
Trick 1: Aku mula dengan buat tabung untuk setiap matlamat aku. Kalau korang nak simpan duit deposit beli kereta, letak dekat tabung tu ‘DEPOSIT KERETA’.
Disebabkan aku jarang pegang cash, aku simpan dalam MAE Tabung dekat MAE app je. Tak payah ada akaun simpanan dengan Maybank pun boleh guna, buka saja MAE Wallet.
Trick 2: Mula menyimpan dalam tabung ikut jumlah yang korang mampu je. Kalau banyak terus, nanti rasa terbeban pula. Terus hilang semangat nak menabung.
Bila guna MAE Tabung, korang boleh set tarikh auto deduct. Aku pilih set hari yang sama atau sehari selepas gaji masuk. Set terus berapa aku nak masuk Tabung dari MAE Wallet atau akaun bank.
Kalau korang nak set tolak dua kali sebulan pun boleh guna Tabung dalam MAE Wallet ni. Terutamanya yang jenis dapat gaji dua minggu sekali.
Dengan cara ni, korang tak akan perasan pun duit dah tolak siap-siap. Takde lah rasa kehilangan sangat.
Trick 3: No turning back. Tetapkan hati korang untuk pastikan duit tu sentiasa tak terusik walau datang promosi jualan apa pun.
Ingat satu je, lagi banyak duit terkumpul dalam MAE Tabung, lagi cepat dapat miliki kereta.
Dekat dalam MAE Tabung, aku boleh check dah banyak mana duit aku simpan dan berapa lagi baki untuk capai matlamat aku beli kereta. Kalau sebulan simpan RM500, cukup dua tahun dah dapat RM12,000.

Ganjaran RM10 dan RM0.50 Bonus Harian untuk pengguna baru Maybank
Sekarang ni, MAE app tengah buat kempen untuk pengguna baru Maybank. Kalau korang belum ada apa-apa akaun atau produk dengan Maybank, cepat-cepat daftar MAE Wallet menggunakan kod JOMMAE. Lepas tu korang akan dapat ganjaran RM10 serta-merta.
Bukan tu je, bila dah daftar, korang boleh terus simpan duit dalam MAE Tabung macam aku buat tu.
Kalau korang simpan RM500 dalam MAE Tabung jenis ‘Coin Jar’, korang layak untuk dapat RM0.50 setiap hari sehingga kempen ni tamat.
Kempen ni mula 15 Oktober, dan akan tamat 31 Disember nanti.
Rugilah tak rebut peluang ni. Mana ada orang nak bagi duit tabung macam tu je. Kempen ni khas untuk yang belum pernah menjadi pengguna Maybank, sebagai welcome gift dari bank.
Satu lagi peluang terbaik untuk korang. Bila korang buka akaun MAE Wallet dan simpan RM500 dalam Tabung, korang layak untuk menang hadiah bernilai RM1,000,000.
Aku tak main-main. Kempen MAEllionaire ni baru saja mula 1 November hari tu, juga akan tamat 31 Disember. Selain setup tabung, korang juga boleh dapat entri bila buat transaksi menggunakan MAE. Antaranya apply kad MAE, beli tiket ERL, top-up prepaid atau semudah transfer ke ASNB atau Tabung Haji.
Dekat sini aku share cara-cara nak buka akaun MAE Wallet dan mulakan Tabung korang. Ikut je cara dekat gambar bawah ni, mudah dan ringkas.
Gunakan peluang ini untuk buka tabung simpanan digital korang. Lebih awal simpan, lebih banyak dapat menabung.
Ajak sekali ahli keluarga dan rakan-rakan korang yang belum jadi pelanggan Maybank untuk join kempen ni.
Lagi ramai, lagi bertambah semangat nak menabung.