Siakap Keli
Ribut Petir Di 13 Negeri
Kredit: AFP

Hampir Seluruh Negara Dijangka Dibadai Hujan Lebat Sehingga 6 Petang Ini

Hampir Seluruh Negara Dijangka Dibadai Hujan Lebat Sehingga 6 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda hampir seluruh negara sehingga jam 6 petang ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara itu, cuaca buruk di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Beralih ke pantai timur, MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat melanda daerah Besut dan Hulu Terengganu di Terengganu.

Manakala di Kelantan, amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.

Hampir seluruh negara dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir dan angin kencang

Di Pahang, cuaca buruk dijangka dialami penduduk di daerah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Seterusnya di Negeri Sembilan, hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Kawasan Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang di Sarawak antara kawasan yang terlibat dalam amaran hujan lebat dan petir.

Di Sabah, kawasan terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02WDdramJxETLL91adLDo3xRSLz58UAwAxRn8hZa8ZbeCKZTfLDXVzm3AmFXdnMgnrl

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.