Siakap Keli
Kemalangan Libatkan Lori Kontena
@plustrafik via X

Kemalangan Babit Lori Kontena Di Simpang Renggam-Machap, Semua Lorong Arah Utara Terhalang

Kemalangan Babit Lori Kontena Di Simpang Renggam-Machap, Semua Lorong Arah Utara Terhalang

Semua lorong arah Utara dari Simpang Renggam ke Machap dilaporkan telah terhalang akibat kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan termasuk lori kontena dilaporkan berlaku di Kilometer (69.5) arah Selatan.

Menurut hantaran @plustrafik, insiden terbabit menyebabkan kesesakan trafik sejauh 4 kilometer sehingga menyebabkan kesemua lorong terhalang.

Kemas kini dari @plustrafik, sebahagian lorong kanan boleh dilalui oleh kenderaan ringan sahaja, manakala aliran trafik masih mengalami kesesakan sepanjang 8.4 kilometer.

Justeru, pengguna lebuh raya disarankan mematuhi arahan pengawal atau papan tanda trafik di lokasi.

Orang ramai yang menggunakan PLUS boleh mendapatkan info trafik melalui aplikasi PLUS atau laman X @plustrafik untuk merancang perjalanan masing-masing.

https://x.com/plustrafik/status/1857217407045239239

Dalam kemalangan berkenaan, seorang penunggang motosikal dilapor maut manakala dua orang yang menaiki sebuah kereta mengalami kecederaan parah.

Dalam pada itu, beberapa video dipercayai melibatkan kemalangan tersebut turut menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan oleh warga maya.

BACA: Chef Amer Kongsi Rahsia Cucur Udang Gebu Pikat Selera

BACA: 8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan

Sumber: @plustrafik via X

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.