Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar AI

8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan

Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki sekurang-kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia.

Setiap pemilik kereta pastinya menginginkan agar kereta masing-masing sentiasa berada dalam keadaan yang baik, malah boleh digunakan sepanjang masa tanpa sebarang masalah.

Namun begitu, pasti ada hari di mana kenderaan anda akan meragam tanpa sebab, kan?

Sebagai pemilik kereta, salah satu perkara yang mungkin atau sering hadapi adalah kereta terasa semput ketika menekan pedal minyak untuk memecut.

Dalam situasi ini, apa yang perlu kita buat? Mujurlah, seorang individu, Muhammad SE ada jawapannya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkongsi beberapa situasi yang mungkin menjadi punca kereta terasa semput ketika pedal minyak ditekan.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.

Lapan punca kereta menjadi semput apabila tekan pedal minyak

“Men, kereta aku semput bila tekan minyak, enjin rasa macam tidak ada kuasa. Apa masalah dia ni?”, katanya.

“Men, mungkin salah satu sensor dalam enjin tu yang buat hal. Sensor ni macam otak kecil dalam kereta yang hantar isyarat ke komputer enjin. Kalau dia tak berfungsi betul, prestasi enjin pun terganggu.”

“Sensor-sensor ni mungkin nampak kecil, tapi peranan dia besar dalam memastikan enjin kereta kau berjalan dengan lancar. Jalan raya kita ni yang penuh liku dan cabaran boleh beri kesan pada sensor-sensor ni, terutamanya bila habuk, debu, atau kelembapan masuk ke ruang enjin”

1. Mass Air Flow (MAF) Sensor

“MAF sensor ni penting sebab dia ukur jumlah udara yang masuk ke enjin. Kalau sensor ni rosak, campuran udara dan bahan api tak betul, sebab tu kau rasa enjin semput. Biasanya, habuk dan kotoran buat sensor ni cepat rosak.”

2. Throttle Position Sensor (TPS)

“TPS ni bagi tahu komputer enjin berapa banyak throttle terbuka masa kau tekan minyak. Kalau rosak, enjin akan rasa tak responsif, macam tak ikut perintah kau. Kau tekan minyak kuat pun, tapi kereta tak gerak macam biasa.”

3. Oxygen Sensor

“Sensor oksigen ni ukur jumlah oksigen dalam ekzos, bagi tahu enjin sama ada pembakaran bahan api cukup atau tidak. Kalau sensor ni rosak, kau akan nampak kereta jadi lebih kuat makan minyak sebab enjin tak dapat kawal campuran udara-bahan api dengan betul.”

4. Knock Sensor

“Knock sensor ni tugas dia kesan bunyi letupan kecil dalam enjin. Kalau enjin ‘ketuk’ atau buat bunyi aneh, sensor ni bagi isyarat pada komputer untuk ubah campuran udara dan bahan api. Kalau rosak, enjin boleh jadi kasar dan ada bunyi pelik.”

5. Camshaft Position Sensor

“Camshaft sensor ni pastikan timing enjin kau betul dengan mengenal pasti kedudukan camshaft. Bila rosak, timing enjin jadi lari, dan kau akan perasan kereta susah nak hidup atau enjin tak lancar.”

6. Coolant Temperature Sensor

“Sensor ni pastikan enjin tak panas sangat. Dia bagi isyarat pada enjin untuk kawal sistem penyejukan. Kalau rosak, kau tak akan tahu suhu enjin sebenar, dan risiko enjin jadi terlalu panas pun tinggi.”

7. NOx Sensor

“NOx sensor ni kesan gas nitrogen oksida dalam ekzos, yang biasanya terhasil masa suhu enjin tinggi. Sensor ni penting untuk kawal emisi dan pastikan kereta lebih mesra alam. Kalau rosak, kau mungkin perasan bau ekzos lebih kuat dari biasa.”

8. Manifold Absolute Pressure (MAP) Sensor

“MAP sensor ni pula ukur tekanan dalam manifold enjin. Data ni penting untuk komputer enjin tentukan campuran bahan api yang sesuai. Kalau MAP sensor rosak, kau akan rasa enjin kurang kuasa, terutamanya masa mendaki.”

“Jadi, kalau satu sahaja rosak, boleh bagi kesan besar pada enjin, ya?”, sambungnya.

“Betul tu, men. Kalau satu sensor buat hal, semua sistem enjin boleh terganggu. Sebab tu, kalau kereta kau tiba-tiba semput, kuat makan minyak, atau ada bunyi pelik, mungkin ada sensor yang perlu periksa atau ganti.”

“Baiklah, lepas ni aku akan pastikan sensor-sensor ni semua dalam keadaan baik. Kalau ada masalah, terus cek sebelum jadi lagi teruk.”

“Dengan faham fungsi setiap sensor ni, kau akan lebih mudah kenal pasti tanda awal kerosakan. Sensor-sensor ni mungkin kecil, tapi peranan dia sangat besar untuk pastikan enjin sentiasa berfungsi lancar”.

BACA: Polis Kelantan Berjaya Rampas Hampir Satu Tan Pil Kuda

Sumber: Muhammad SE via Facebook