Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Polis Kelantan
Kredit: Bernama

Polis Kelantan Berjaya Rampas Hampir Satu Tan Pil Kuda

Athirah

Polis Kelantan Berjaya Rampas Hampir Satu Tan Pil Kuda

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan bahawa pihaknya telah merampas hampir satu tan pil kuda, lapor Sinar Harian.

Rampasan itu dilakukan sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini bermula Januari hingga Oktober.

Ujarnya, rampasan satu tan pil kuda melibatkan nilai sehingga RM65.54 juta, malah situasi terbabit sekaligus menunjukkan betapa seriusnya isu pil kuda atau dikenali sebagai yaba dan ‘ubat gila’ di Kelantan.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya telah menahan seorang penganggur yang dipercayai pengedar ketika sedang duduk di atas sebuah motosikal jenis Yamaha Y157 pada Isnin lalu.

Suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau

Suspek difahamkan sedang menunggu ‘pelanggan’ di tepi jalan kampung, belakang Sekolah Kebangsaan Raja Bahar di sini.

“Hasil pemeriksaan terhadap motosikal milik lelaki berusia 29 tahun itu telah menjumpai 18,000 biji dadah dipercayai pil kuda di dalam tiga bungkusan kertas di dalam raga.

“Kami turut merampas wang tunai berjumlah RM1,500 dipercayai hasil jualan dadah terbabit,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Beliau turut memaklumkan suspek yang berasal dari Tawang, Bachok itu didapati memiliki tujuh rekod jenayah lampau. Selain itu, suspek disahkan positif dadah jenis benzo hasil saringan ujian air kencing.

Seramai 18,000 penagih menggunakan pil kuda di Kelantan

Jelasnya lagi, jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan ialah RM174,500 dan 18,000 pil kuda itu dianggarkan boleh digunakan oleh 18,000 penagih.

Menurut Mohd Yusoff, suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut. Sementara itu, kes kini disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, suspek baru keluar dari penjara Julai lalu dan kembali aktif dengan dadah pada Ogos.

BACA: Anwar Ucap Tahniah Kepada Trump Atas Kemenangan Dalam Pilihanraya Presiden AS

BACA: Mudahkan Rakyat Cari Jodoh, Terengganu Bangunkan Aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’

BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku

Sumber:

Sinar Harian