Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Australia Rampas 2.7 Tan Kokain Bernilai RM2.3 Bilion

POLIS AUSTRALIA
Kredit: AFP

Polis Australia Rampas 2.7 Tan Kokain Bernilai RM2.3 Bilion

Polis Australia merampas sebanyak 2.7 tan kokain yang disembunyikan dalam beberapa tab plastik dan ditanam di bawah tanah di pinggir bandar Sydney, dalam satu operasi besar-besaran baru-baru ini.

Rampasan itu disifatkan sebagai yang terbesar pernah direkodkan dalam sejarah negara berkenaan, menurut pasukan penyiasatan bersama jenayah terancang.

Pihak berkuasa memaklumkan, sindiket jenayah yang berpangkalan di Sydney dipercayai mengatur penghantaran dadah berkenaan menggunakan sebuah kapal asing yang memunggah kokain itu di utara Queensland sebelum dipindahkan ke Sydney untuk tujuan pengedaran.

Komander Polis Persekutuan Australia, Stephen Jay berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti asal usul dadah tersebut serta pihak yang terlibat.

“Siasatan mengenai asal usul dadah itu masih diteruskan dan kami akan bekerjasama dengan rakan penguatkuasaan undang-undang antarabangsa serta domestik bagi mengenal pasti sindiket jenayah terbabit,” katanya.

Menurut beliau, nilai kokain yang dirampas itu dianggarkan melebihi AUD$800 juta (kira-kira RM2.3 bilion) di pasaran gelap.

“Wang ini tidak akan masuk ke dalam poket kumpulan jenayah terancang,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, sebuah kapal yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan itu, MV Wealth, turut ditahan pihak berkuasa di Solomon Islands untuk siasatan lanjut.

Menurut polis, negara-negara Kepulauan Pasifik kini menjadi laluan transit utama bagi penyeludupan kokain dan methamphetamine ke Australia serta New Zealand dari South America dan Asia Tenggara.

Kokain tersebut ditemui pada Jumaat lalu selepas polis menyerbu sebuah hartanah di Londonderry, barat laut Sydney.

Dadah itu ditemukan ditanam di ruang bawah tanah yang disembunyikan di bawah lantai palsu di bahagian belakang premis berkenaan.

Sumber:RNZ