Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Yayasan MR D.I.Y. Berjaya Kumpul RM2.47 Juta Untuk Bantu Usaha Tangani Kanser Dan Penyakit Jantung

Him & Her Health Run 2026 julung kali anjuran Yayasan MR D.I.Y. telah menghimpunkan 12,050 peserta di Pulau Pinang, Kuching dan Kuala Lumpur, sekali gus mengumpul sumbangan tunai dan bukan tunai bernilai RM2.47 juta bagi menyokong usaha berkaitan kanser dan kesihatan jantung. Inisiatif itu mencerminkan komitmen Yayasan untuk membantu individu dan keluarga yang berdepan cabaran kesihatan, di samping menggalakkan rakyat Malaysia menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri.

Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada lapan organisasi, iaitu Cancer Research Malaysia (CRM), Yayasan Jantung Malaysia, Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak, Persatuan Sokongan Kanser Kanak-kanak (CAKNE), Prostate Cancer Society Malaysia (PCSM), Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS), Tabung Amanah Kanser Urologi Universiti Malaya dan Dana Diagnostik Kanser Payudara B40, Pusat Perubatan Universiti Malaya. 

Sumbangan ini akan membantu menampung kos rawatan dan menyediakan bantuan kewangan, menjaga kebajikan pesakit, serta menyokong keluarga dan penjaga. Dana tersebut turut akan menyokong pendidikan dan kesedaran kesihatan, serta penyelidikan berkaitan kanser dan penyakit jantung. 

Jumlah sumbangan daripada peserta dan penaja korporat berjumlah RM1.96 juta. Antara penaja Platinum dan Emas termasuk IOI Property Group Foundation, CIMB Bank Berhad, Ho Lao Engineering Sdn Bhd, Kumon Education (Malaysia) Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Sdn Bhd.

Siri larian 5km itu berakhir di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2026 dengan penyertaan seramai 6,000 orang. Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Chua Choon Hwa melepaskan peserta larian terakhir itu bersama wakil daripada Yayasan MR D.I.Y., MR D.I.Y. Group Malaysia, Creador dan CIMB.

Siri ini bermula di Pulau Pinang pada 17 Mei dengan 2,500 peserta, diikuti Kuching pada 19 Julai dengan 3,500 peserta, menjadikan jumlah keseluruhan peserta bagi ketiga-tiga larian 12,050 orang. Di ketiga-tiga lokasi, rakyat Malaysia berkumpul untuk bergiat aktif sambil menyokong satu matlamat bersama.

Setiap langkah menyatukan peserta demi kesihatan yang lebih baik

Selain menyertai larian, peserta turut berpeluang menjalani saringan kesihatan, termasuk saringan kanser prostat bagi membantu mereka lebih memahami keperluan kesihatan masing-masing. Aktiviti ini menekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala dan pengesanan awal.

Menerusi Him & Her Health Run, Yayasan MR D.I.Y. menghimpunkan komuniti dan rakan korporat untuk bersama-sama menyokong individu yang berdepan cabaran kesihatan. Yayasan kekal komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakannya bagi menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan membawa perubahan yang bermakna kepada komuniti.

Untuk maklumat lanjut tentang program kemampanan dan komuniti Yayasan MR D.I.Y., layari laman web Yayasan MR D.I.Y. atau ikuti Yayasan MR D.I.Y. di Facebook, Instagram dan TikTok.