Ini Senarai Pemenang Anugerah ‘Toilet of The Year’ 2024 Di Malaysia
Sama ada di rumah, pejabat, pusat beli-belah atau mana-mana tempat awam, tandas adalah ruang asas yang kita gunakan tanpa gagal.
Namun, tak disangkal bahawa kebersihan tandas awam sering menjadi isu yang tak berkesudahan di Malaysia.
Bau tak menyenangkan, lantai basah, tandas yang rosak – pengalaman menggunakan tandas awam kadangkala lebih ‘mendebarkan’ daripada menonton filem seram.
Tapi, tahukah anda bahawa Malaysia sebenarnya mempunyai satu anugerah ‘unik’ yang mengiktiraf tandas-tandas terbaik di negara ini?
‘Toilet of The Year Award (TOTYA)’ adalah inisiatif menarik yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Anugerah ini mungkin kedengaran lucu, tapi tujuannya sangat penting, iaitu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas.
Selain itu, inisiatif ini bertujuan memberikan pengiktirafan kepada tandas-tandas awam milik swasta dalam usaha mereka menyediakan tandas bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW).
Untuk info, berikut adalah senarai pemenang bagi TOTYA 2024 (TOTYA’24).




“Tak sangka ada tandas yang fancy dan bersih macam ni kat Malaysia atau Asia Tenggara”
Dalam pada itu, penganjuran TOTYA’24 mendapat perhatian daripada pengguna X, @IzzraifHarz.
“Okay, tapi kenapa baru sekarang saya tahu pasal Anugerah Tandas Terbaik Tahun ni? Mungkin anugerah paling penting tahun ni kot,” tulisnya dalam satu hantaran.
https://x.com/IzzraifHarz/status/1858022039426322564
Menariknya, @IzzraifHarz turut berkongsi beberapa gambar bagi pemenang kategori sekolah dan video bagi pemenang kategori stesen minyak.
https://x.com/IzzraifHarz/status/1858023443301900740
https://x.com/IzzraifHarz/status/1858030119698444392
“Rasa macam nak visit beberapa tempat tu suatu hari nanti,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.
“Memang selalu singgah dekat BHP Ladang Bikam ni. Tandas selalu bersih,”
“Baru je pergi Sabtu lepas. Memang rare lah tandas sekolah yang bersih, dalam pun terjaga, siap ada tisu,”
“Seronok betul tengok tandas macam ni kat sekolah. Yang bestnya, bukan sekolah swasta pun. PIBG memang buat kerja hebat nampaknya,”
BACA: Ini Nilai Pasaran Semasa Pemain Bola Sepak Malaysia, Arif Aiman
BACA: Jabatan Meteorologi Keluarkan Nasihat Taufan ‘Man-Yi’
BACA: Gelagat Nenek 80-an Jadi “Model” Curi Perhatian Warga Maya
Sumber: JKT, X @IzzraifHarz