Siakap Keli
Lagendary Glamma
Kredit: Instagram @kooma_jnr

Gelagat Nenek 80-an Jadi “Model” Curi Perhatian Warga Maya

Gelagat Nenek 80-an Jadi “Model” Curi Perhatian Warga Maya

Siapa sangka, seorang nenek berusia 80-an begitu berbakat sehingga popular menjadi ikon fesyen dan sensasi di media sosial.

Marget Chola, yang mesra dikenali sebagai “Legendary Glamma” berasal dari sebuah perkampungan kecil di Zambia, kini memiliki lebih 58,000 pengikut di Instagram melalui akaun @lagendary_glamma.

Beliau berjaya menawan hati ramai dengan gaya fesyennya yang unik dan mempesona, hasil sentuhan kreatif cucunya, Diana Kaumba, seorang penggaya fesyen dari New York.

Semua ini bermula apabila Diana pulang ke Zambia pada tahun 2023 untuk memperingati ulang tahun kematian bapanya.

Dengan idea ‘nakal’ untuk sekadar bertukar pakaian dengan neneknya, Diana tanpa sengaja menyedari potensi luar biasa yang ada pada Marget.

Diana menggayakan Marget dengan koleksi peribadinya, dan tanpa disangka, hasilnya luar biasa.

Marget tampil bergaya dalam pakaian moden seperti seluar denim, aksesori kaca mata besar, topi lebar dan rambut palsu.

Malah, Marget turut berpose dengan penuh yakin, memegang “ibende”, kayu panjang tradisional yang digunakan untuk menumbuk bahan makanan.

Menerusi BBC, Marget berkongsi bahawa dia bersetuju terhadap permintaan Diana dengan harapan cucunya itu akan mengingatinya jika dia sudah tiada kelak.

Viral hanya dalam 10 minit

Gambar pertama yang diambil menunjukkan Marget bersantai di atas sofa atau kerusi dengan penuh elegan, berlatarbelakangkan suasana kampung yang tenang dan indah.

Semasa ingin memuat naik gambar pertama neneknya itu, Diana merasa agak bimbang.

Namun, rasa khuatir itu hilang begitu sahaja apabila gambar itu mendapat 1,000 tanda suka dalam masa hanya sepuluh minit.

Sesi fotografi pertama
Kredit: Instagram @thevintagepoint_
Sesi fotografi pertama
Kredit: Instagram @thevintagepoint_

Pada bulan April tahun ini, populariti Marget melonjak tinggi, dan dirinya sendiri terkejut melihat sambutan luar biasa tersebut.

“Ia mengejutkan saya bila mendengar bahawa ramai orang di seluruh dunia yang menyayangi saya.

“Saya tidak pernah terbayang untuk meninggalkan kesan yang besar pada umur yang sudah lanjut,” ujarnya.

Menggayakan Topi Besar
Kredit: Instagram @thevintagepoint_
Menggayakan Warna Dramatik
Kredit: Instagram @lagendary_glamma
Ibende
Kredit: Instagram @kooma_jnr

Dalam pada itu, Diana melihat projek ini sebagai peluang untuk meraikan warga emas dan mencipta memori bermakna bagi generasi akan datang.

Kejayaan projek ini turut membuka peluang kepada Diana untuk menggayakan empat orang warga emas berusia antara 70 hingga 96 tahun.

Diana turut berharap projek ini dapat memberi inspirasi bukan hanya kepada golongan tua, tetapi juga kepada golongan muda.

“Jangan abaikan mereka (warga emas), sayangi mereka hingga ke akhir kerana kelak semua orang akan menjadi tua juga,” katanya.

BACA: Wanita Kongsi Video Sambutan Hari Lahir Abah, Bikin Warga Maya Sebak

BACA: Remaja Lelaki Jaga Ibu Strok Di Wad Raih Doa Ramai

BACA: Orang Kampung ‘Raikan’ Peserta Maraton, Tarik Perhatian Warga Maya

Sumber: BBC News, @thevintagepoint_ via Instagram

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.