Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Remaja lelaki jaga ibu strok
Kredit: TikTok @norasni31

Remaja Lelaki Jaga Ibu Strok Di Wad Raih Doa Ramai

Siti Nur Ain Natasya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Remaja Lelaki Jaga Ibu Strok Di Wad Raih Doa Ramai

Ibu bapa adalah anugerah Tuhan yang tiada tandingannya. Mereka adalah insan yang mendidik, melindungi dan menyayangi tanpa syarat.

Ketika kecil, mereka sanggup berjaga malam demi memastikan kita sihat dan selamat. Jadi, apabila tiba masa mereka memerlukan, adakah kita akan meninggalkan tanggungjawab itu?

Baru-baru ini, hati netizen ‘terusik’ dengan kisah seorang remaja lelaki yang menjaga ibunya di hospital.

Video tular tersebut memaparkan ketabahan seorang anak bernama Fiqball Iman Firdaus, 13, yang menjaga ibunya, seorang pesakit strok.

Lebih menyayat hati, remaja lelaki yang mesra dikenali sebagai Iman itu adalah anak tunggal, dan si ibu pula seorang ibu tunggal.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @norasni31, kelihatan Iman tekun menjaga ibunya tanpa sebarang keluhan.

Dia memastikan makan minum ibunya terjaga, menukar lampin, membersihkan ibu dan menguruskan segala keperluan tanpa bantuan sesiapa.

Iman bukan sahaja menjadi penjaga sepenuh masa, malah dia sanggup berjaga siang dan malam untuk memastikan ibunya sentiasa dalam keadaan selesa.

“Apa amalan si ibu hingga dikurniakan anak sehebat ini?”

Video yang kini mencecah hampir 3 juta tontonan itu dibanjiri komen positif daripada netizen.

Ramai yang terharu melihat keikhlasan Iman menjaga ibunya dan kagum dengan didikan yang diterapkan sejak kecil.

“Hebat anak ini, tak semua orang boleh buat. Semoga Allah permudahkan urusan kamu,”

“Ya Allah, jadikan aku ibu yang bertuah mendapat anak seperti ini,”

“Rasa hina diri ini. Aku pun belum jadi anak sebaik ini. Syurga tempatmu, dik,”

BACA: Wanita Kongsi Gelagat Suami Bila ‘Demam’ Buat Ramai Terhibur

Menurut Iman, ibunya, Ramlah Andot, 51, diserang angin ahmar pada 20 Oktober lalu sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

“Masa hari kejadian saya dan ibu ke klinik. Kami ke situ untuk ambil ubat kerana saya kurang sihat. Waktu di klinik ibu sudah berasa pening, saya sangka keadaan begitu sebab ibu belum bersarapan.

“Apabila balik semula ke asrama, waktu ibu sedang makan dia tiba-tiba senyap dan tidak bergerak. Waktu itu saya sudah berdebar dan mula menangis kerana bimbang perkara buruk berlaku kepada ibu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kulim.

Selepas dimasukkan ke wad biasa, Iman terpaksa ‘ponteng’ sekolah selama tiga hari demi menjaga ibunya.

“Sebenarnya tiada paksaan daripada sesiapa pun supaya saya jaga ibu di wad. Bagi saya, dia satu-satunya ibu saya dan saya bertanggungjawab untuk menjaganya. Lagipun itu kali pertama ibu sakit teruk, tak pernah terjadi begitu sebelum ini.

“Sepanjang berada di hospital, saya lalui banyak pengalaman baharu. Perasaan saya bercampur ada rasa payah, rasa letih dan gembira pun ada juga sebab boleh jaga ibu.

“Malam-malam sebelum tidur saya rasa sedih dan sebak sebab kasihankan ibu. Saya berasa takut kalau kehilangan ibu,” ujarnya.

BACA: Orang Kampung ‘Raikan’ Peserta Maraton, Tarik Perhatian Warga Maya

Sementara itu, Ramlah meluahkan rasa sebak kerana Iman sanggup menjaganya di hospital.

“Iman mula jaga saya di wad biasa selepas tiga hari saya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ. Waktu itu dia masih lagi bersekolah dan tinggal di asrama SMK Ajil.

“Sekarang sejak saya sakit, Iman sudah tukar sekolah di SMK Pengkalan Berangan dan dia akan berulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari bersama bapa saudaranya,” jelas Ramlah.

Tambahnya, sejak sakit dan dikeluarkan dari hospital, Ramlah yang merupakan anak bongsu turut dijaga secara bergilir-gilir oleh 11 adik-beradiknya.

“Saya bersyukur sebab tinggal berdekatan dengan adik-beradik. Setiap hari ada yang datang dan jaga saya terutama ketika Iman ke sekolah.

“Sebelum ke sekolah Iman biasanya akan masak oat dan telur separuh masak. Dia juga akan pastikan saya makan, minum dan diberikan ubat,” katanya.

BACA: Lembu ‘Ceroboh’ Masuk Bilik Darjah, Buat Warga Maya Terhibur

Sumber: Asni via TikTok, Sinar Harian