Wanita Kongsi Gelagat Suami Bila ‘Demam’ Buat Ramai Terhibur
Pernah perasan tak? Lelaki ni kadang nampak gagah dan steady je kalau patah tangan atau luka sana sini.
Masih boleh naik motor, angkat barang atau buat kerja macam tak ada apa-apa yang jadi.
Tapi bila demam sikit je, terus terbaring, tak larat nak angkat kepala pun.
Ayah, suami, abang atau adik lelaki korang, ada tak yang macam ni?
Sebenarnya, itulah ‘sifat misteri’ kaum Adam yang buat ramai wanita pening kepala.
Baru-baru ni, seorang pengguna TikTok, @jikahyusri, kongsi video suaminya waktu patah tangan.
Dengan selamba je repair motor dengan sebelah tangan bersimen, siap boleh tunggang motor ke sana ke sini lagi.
Tapi bila demam, lain betul rupanya, terbaring lesu.
“Nak bercakap pun tak larat,” tulis si isteri.
@jikahyusri Perangai seketul ayit 😊
“Tolong la faham, kami insan yang lemah…”
Video yang mencuit hati ramai tu ternyata meraih perhatian, dengan hampir 900 ribu jumlah tontonan.
Ruangan komen pun dipenuhi pelbagai reaksi lucu dan kisah serupa daripada warga maya.
Ramai yang setuju bahawa lelaki memang akan ‘tewas’ bila demam.
“Ayah saya kalau demam, semua anak dipanggil balik, siap suruh bacakan Yasin,”
“Bila demam, muka macam malaikat dah datang dekat,”
“Perempuan demam pun kerja rumah jalan macam biasa,”
“Waktu makan je muka kesian, rupa-rupanya bila demam lagi kesian,”
Ada juga kaum lelaki yang mengaku, memang diorang ‘lembik’ sikit bila demam.
“Aku kemalangan patah bahu boleh lagi bawa motor, sekali demam? Terus terlantar atas katil,”
Korang tahu tak?
Rupa-rupanya, seorang saintis dari Universiti Newfoundland, Kanada, Dr. Kyle Sue, buat kajian tentang ‘fenomena’ ni dan jumpa bukti yang imun badan lelaki memang lebih lemah bila melawan virus.
Kajian tu tunjukkan bahawa kaum lelaki lebih mudah kena komplikasi dan berisiko tinggi dimasukkan ke hospital kalau demam.
Tambah lagi, badan mereka kurang responsif terhadap vaksin berbanding wanita.
Pendek kata, bukan semua lelaki nak bermanja je bila demam, tapi mungkin mereka memang betul-betul lemah dan perlukan lebih perhatian.
Jadi, buat para isteri, kakak-kakak dan adik-beradik perempuan, faham-fahamlah ye.
Hero korang pun manusia biasa yang kadang kala perlukan rehat dan perhatian ‘ekstra’ bila kena demam.
BACA: Lembu ‘Ceroboh’ Masuk Bilik Darjah, Buat Warga Maya Terhibur
BACA: Baru Tahu, Macam Ni Rupanya Cara ‘Sebenar’ Main Batu Seremban
BACA: Terpisah 7 Tahun, Pasangan Suami Isteri Peluk Anak Sulung Buat Ramai Sebak
Sumber: JikahYusri via TikTok, Kyle Sue ‘The Science Behind Man Flu’