Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Kredit: TikTok @anisumaira90

Terpisah 7 Tahun, Pasangan Suami Isteri Peluk Anak Sulung Buat Ramai Sebak

Siti Nur Ain Natasya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Terpisah 7 Tahun, Pasangan Suami Isteri Peluk Anak Sulung Buat Ramai Sebak

Pengorbanan insan bergelar ‘ibu’ dan ‘ayah’ memang tiada tandingannya.

Biar jauh mana sekalipun, mereka sanggup meredah ke negara orang demi mencari rezeki buat keluarga.

Segala jerit perih dan penat lelah ditelan dengan tabah.

Begitulah kasihnya ibu bapa, yang sanggup meletakkan kebahagiaan keluarga mengatasi segalanya.

Namun, di balik setiap pengorbanan itu, tersimpan juga kisah anak sulung yang jarang kita lihat.

Menjadi anak sulung, tambahan pula seorang perempuan, bukanlah tugas yang mudah.

Sering kali terpaksa ‘matang sebelum waktunya’, belajar untuk kuat dan tabah menjalani kehidupan seawal usia yang muda.

Sebagai anak pertama, dialah saksi bisu yang melihat jatuh bangun ibu bapa, memahami keperitan yang mereka lalui tanpa perlu diberitahu.

Mungkin pada pandangan mata kasar, mereka kelihatan seperti tak tahu apa-apa. Namun, hakikatnya dialah yang paling merasai setiap perasaan suka duka ibu dan ayah.

Baru-baru ini, sebuah video yang dikongsikan pengguna TikTok, @anisumaira90, yang juga seorang isteri juga ibu, menyentuh hati warga maya.

Video tersebut merakamkan detik bahagia yang tak tergambarkan oleh pasangan suami isteri yang akhirnya dapat memeluk kembali anak sulung mereka selepas tujuh tahun terpisah.

Difahamkan, pasangan tersebut bekerja di Australia dan terpaksa meninggalkan anak sulung mereka bersama keluarga di Malaysia.

“Ya Allah, anak kami yang tinggi paras paha sekarang dah sama tinggi dengan mama,” tulis si ibu.

Berjauhan selama 7 tahun bukanlah pilihan mereka

Menurut cerita si ibu, perpisahan tujuh tahun itu bukanlah kehendak mereka.

Pada asalnya, mereka hanya berniat untuk bekerja selama tiga bulan sahaja, tetapi takdir menentukan lain.

“Anak sulung stay dengan family. Niat kami ke Australia untuk tiga bulan sahaja, tetapi macam-macam jadi. Kami kena tipu, gaji tak dibayar dan terpaksa menumpang rumah orang. Banyak kalau nak diceritakan,” jelasnya ringkas.

“Anak sulung kami tersangat kuat, anak yang tersangat hebat. Dia tak pernah merungut,” tambah wanita itu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, video yang kini mencecah hampir dua juta jumlah tontonan itu mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.

“Buka TikTok ni emosi tak betul, sekejap gelak, sekejap menangis,”

“Tujuh tahun bukan masa yang singkat, kesian anak. Tolong jangan tinggalkan dia lagi, dia nak kasih sayang mak ayah,”

“Kesian anak merindukan mak ayahnya selama tujuh tahun. Mesti dia pernah rasa cemburu dengan orang yang ada mak ayah depan mata,”

“Walaupun selalu gaduh dengan anak sulung tapi tengok video ni hati rasa sebak. Apa perasaan anak sulung dia,”

Sementara itu, ada juga yang mengenang kembali memori bersama ibu tersayang yang sudah tiada.

“Tiba-tiba mengalir air mata bila mak dia peluk anaknya. Bestnya kalau dapat peluk tubuh mak lagi,”

“Nak peluk mak tapi mak dah tiada. Mampu peluk gambar sahaja,”

Kita tak pernah benar-benar tahu jalan hidup orang lain, apatah lagi perjalanan hidup kita sendiri yang penuh misteri dalam ketentuan Maha Pencipta.

Segala yang berlaku ada hikmahnya, tersimpan sebagai rahsia-Nya.

Siapa kita untuk menilai atau menghakimi orang lain? Setiap insan ada ujian dan cabarannya sendiri.

Dalam hidup ini, yang terbaik adalah memberi ruang dan memahami, kerana setiap daripada kita membawa beban yang tak terlihat, namun dirasakan dalam hati.

BACA: Minah Salleh Kagum Rakyat Malaysia “Sentiasa Gembira”, Komen Netizen Tarik Perhatian

BACA: Lelaki Kongsi Pengalaman Berbasikal 13,000 km Demi Bertemu Cristiano Ronaldo

BACA: Umur Cecah 90-an, Kasih Emak Pada Anak Tak Berubah Walau Anak Sudah Bercucu

Sumber: Anniess via TikTok