Siakap Keli

Umur Cecah 90-an, Kasih Emak Pada Anak Tak Berubah Walau Anak Sudah Bercucu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umur Cecah 90-an, Kasih Emak Pada Anak Tak Berubah Walau Anak Sudah Bercucu

Ibu adalah cinta pertama yang tertanam dalam hati setiap anak, seperti cahaya mentari yang menyinari hidup anak-anak sejak awal.

Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya. Bermula dari mengandung sembilan bulan, bertarung nyawa melahirkan anak, menyusu sehinggalah membesarkan kita menjadi manusia berguna.

Kasih sayang seorang ibu ibarat permata bernilai yang tiada tandingan. Tidak kiralah berapa pun umur kita, pada mata ibu kita tetap seperti anak kecilya.

Dalam hati dan jiwa seorang ibu, anak-anak sentiasa menjadi keutamaan sepanjang masa.

Begitulah situasi yang dipaparkan melalui hantaran di Facebook, @Tuan Amir Danau apabila seorang ibu mencecah usia 90an masih kuat menyediakan makanan kepada anaknya yang berusia 70an.

Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah.

Emak tetap lah emak

Gambar macam ni mahal. Ini gambar bapak mertua aku. Yang umur dia dah nak masuk 70-an. Dan yang tengah bagi nasi ke bapak mertua aku tu mak dia.

Yang umur dah mencecah 90-an. Kasih seorang emak itu walaupun anak dia dah jadi Atuk. Dah berderet cucu.

Emak tetap lah emak.

Bapak mertua aku ni pun dah serba salah teruk dah sebab lama tak balik kampung. Yelah, dia duduk Kelantan. Mak dia duduk Negeri Sembilan.

Dengan usia macam ni, nak duduk dalam kereta lama-lama tu kadang boleh bertambah penyakit lain dibuatnya. Baru-baru ni tiba-tiba dia menggelabah nak balik kampung.

Dia call anak-anak dia, cakap dia nak kena balik jumpa mak dia.

“Eh bapak nak kena balik rembau nanti tau jumpa Uwan. Siapa yang free nanti jom lah ikut sekali. Bapak tidur sana.”

“Eh bapak, kenapa tiba-tiba nak balik sana?

“Uwan dah call bapak dah ha suruh balik. Entah siapa yang ajar Uwan buat video call. Tiba-tiba Uwan video call suruh bapak balik. Tak pernah-pernah Uwan pandai buat video call.”

Mengekek semua ketawa bila bapak tiba-tiba menggelabah kena balik kampung. Yelah, Uwan yang umur 90 tahun ni boleh buat video call ke bapak suruh bapak balik dan tidur sana.

Ni lah sebenarnya kuasa veto seorang mak. Dah tua mana pun, emak tetap emak. Emak punya arahan, kalau serius tu, anak boleh sakit jantung dibuatnya. Nak taknak kena ikut.

Tapi itu lah, hari ni banyak emak-emak tak tahu fungsi kuasa veto yang ada pada tangan emak. Risau sangat anak tak bagi muka lah apa lah. Takut ganggu masa anak lah. Salah tu fikir macam gitu.

Ada satu part paling kelakar yang aku ingat pasal bapak mertua aku ni. Satu hari tu, bini aku bersembang dengan Uwan.

Bapak mertua aku masa ni dekat Kelantan. Bini aku pun tanya lah Uwan, kesihatan Uwan macam mana sekarang?

Uwan pun mengadu lah. Suruh bagitau ke bapak.

“Uwan ni sakit-sakit dah kaki. Lutut pun tak kuat ni. Nanti bagitau lah ke bapak tu.”

Petang sikit tu, bini aku pun call lah bapak dia. Cerita lah apa yang Uwan bagitau tu.

“Bapak, Uwan suruh bagitau Bapak ha yang Uwan tu kaki dah sakit-sakit. Lutut tak berapa okey..”

Kau harapkan jawapan apa dari bapak mertua aku masa tu? Kejap tu bapak mertua aku pun jawab ke bini aku.

“Cakap dengan Uwan, anak dia ni pun dah macam-macam sakit dah. Pinggang, bahu, kaki, buah pinggang, satu badan. Jalan pun dah terhuyung hayang dah.

Sakit sendiri pun tak boleh nak handle lagi. Hahaha. Nanti bapak balik kampung. Cakap ke uwan tu.”

Dengar bapak mertua aku jawab macam tu, mengilai teruk bini aku. Yelah, kelakar. Seorang emak yang umur 90 tahun mengadu dekat anak dia yang umur dah 70 tahun pasal kesihatan.

Anak dia pun dah jadi atuk dah macam-macam sakit dekat badan. Tak dapat nak fikir pasal sakit orang lain dah. Sebab sakit dia lagi teruk.

Ini semua esok jadi kenangan. Kisah-kisah yang akan turun ke anak cucu cicit. Semoga semuanya diberikan usia dan kesihatan yang baik hendakNya.

BACA: Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin Enam Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02rJ2dPYyibcHNyCLx39dgTYiKKwULZpXA7GmTXTjaVKP7XHT4QsvJG4v1oTJdfRSql&id=61564927423771

Kredit: Tuan Amir Danau via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.