Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Lelaki Berbasikal Bertemu Ronaldo
Sumber: SCMP/Douyin
Tiada Kategori

Lelaki Kongsi Pengalaman Berbasikal 13,000 km Demi Bertemu Cristiano Ronaldo

Siti Nur Ain Natasya

Lelaki Kongsi Pengalaman Berbasikal 13,000 km Demi Bertemu Cristiano Ronaldo

Seorang lelaki berusia 24 tahun dari China sanggup mengayuh basikal sejauh 13,000 kilometer untuk bertemu idolanya, Cristiano Ronaldo.

Perjalanan tersebut mengambil masa tujuh bulan dan bermula pada 18 Mac lalu.

Lelaki berkenaan mengayuh melalui Beijing, masuk ke Kazakhstan dari Xinjiang, dan melintasi enam negara lain termasuk Georgia, Iran dan Qatar, sebelum akhirnya tiba di Riyadh, Arab Saudi.

Difahamkan, keputusan nekad tersebut dibuat setelah Ronaldo terpaksa membatalkan lawatan ke China kerana mengalami kecederaan.

Dalam perjalanan, lelaki berkenaan hanya membawa dua power bank berkapasiti 60,000mAh, khemah, peralatan memasak, pakaian dan beberapa keperluan harian lain.

Kongsinya, dia berdepan pelbagai cabaran, termasuk halangan bahasa, kos makanan yang tinggi serta masalah kesihatan.

Bagaimanapun, dengan bantuan aplikasi terjemahan, dia dapat berkomunikasi dengan penduduk tempatan meskipun berbeza bahasa.

Jika kos makanan terlalu mahal pula, dia menjadikan roti sebagai makanan utama.

Tidak hanya itu, ketika berada di Armenia pada Ogos, lelaki berkenaan jatuh pengsan akibat demam panas dan menerima rawatan percuma di hospital.

Namun, halangan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjalanan.

Ketika tiba di Arab Saudi pada 10 Oktober, lelaki berkenaan mendapat berita bahawa Ronaldo sedang berada di Eropah.

Akan tetapi, pihak Al Nassr FC berjanji untuk mengaturkan pertemuan khas.

Pada 19 Oktober, seorang lagi peminat dari China menjemput lelaki berkenaan menyaksikan perlawanan Al Nassr menentang Al Shabab.

Akhirnya, pada 20 Oktober, impiannya tercapai. Dia bukan sahaja dapat menyaksikan Ronaldo beraksi secara langsung.

Bahkan, dia juga berpeluang berjabat tangan, memeluk dan mendapatkan tanda tangan bintang bola sepak itu pada jersi nombor 7 dan sepanduk yang dibawanya.

Peminat China bersama Ronaldo
Kredit: Douyin @xiaogongpuptaoyazhiiv

Dalam pada itu, lelaki berkenaan kemudiannya memuat naik video pertemuannya dengan Ronaldo ke Douyin.

“Saya sudah bertemu hero saya. Destinasi seterusnya? Portugal, tanah kelahiran Ronaldo,” tulisnya.

BACA: RM3K Tak Termasuk Elaun, Iklan Jawatan Kosong UNIQLO Curi Perhatian

BACA: Jangan Panik Bila Kereta Pancit, Ini Cara Mudah & Selamat Tukar Tayar Spare

BACA: 6 Tip Pemanduan Selamat Semasa Hujan

Sumber: South China Morning Post