Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Iklan jawatan kosong uniqlo
Gambar: FB UNIQLO Malaysia

RM3K Tak Termasuk Elaun, Iklan Jawatan Kosong UNIQLO Curi Perhatian

Iqbal Yasir

RM3K Tak Termasuk Elaun, Iklan Jawatan Kosong UNIQLO Curi Perhatian

Jenama pakaian terkemuka kegemaran ramai, UNIQLO mencuri perhatian ramai apabila menawarkan gaji lumayan melebihi RM3,000 menerusi satu iklan jawatan kosong.

Dalam satu hantaran di platform X itu memaparkan syarikat berkenaan menawarkan gaji asas bermula RM3,000 tidak termasuk elaun RM150 kepada individu yang bekerja sepenuh masa.

Sementara itu, individu yang ingin bekerja secara sambilan akan dibayar RM12 hingga RM14 mengikut jam (per jam).

Antara kelayakan yang dicari oleh UNIQLO termasuklah individu itu perlu mempunyai taraf pendidikan serendah Diploma dan ke atas, fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan berkemahiran mengendalikan pelanggan dengan baik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyifatkan gaji yang ditawarkan itu cukup lumayan.

Malah ada yang beranggapan gaji berkenaan sudah setaraf dengan kerjaya profesional dalam pelbagai bidang.

Berikut antara komen pengguna;

“Pergh masuk juga kerja sambilan di UNIQLO, 1 jam Rm12-Rm14, dekat Cotton On kerja sambilan 1 jam Rm8,” tulis seorang warganet.

“Wow serius la, gaji asas dah naik RM3k? Dekat mana ni atau semua outlet?” komen seorang pengguna.

“Gaji dia ngamm tapi jauh, kalau dekat sini dah apply part time,” komen seorang lagi pengguna.

Perkongsian tersebut berjaya meraih hampir 900,000 tontonan dengan lebih 7,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen.

IOI City Mall Putrajaya Cari Imam Surau

Sebelum ini pusat beli-belah terkenal tanah air, IOI City Mall Putrajaya, sedang mencari imam sepenuh masa di Surau Musalla.

Menerusi platform JobStreet, pihak pengurusan memaklumkan jawatan itu terbuka kepada individu berkelayakan untuk memimpin solat dan melaksanakan tugas sebagai imam.

Imam yang terpilih akan memimpin solat fardu lima waktu, solat Jumaat serta solat sunat seperti solat Tarawih dan Aidilfitri.

Selain itu, imam juga akan menyampaikan khutbah Jumaat serta terlibat dalam pelbagai aktiviti keagamaan dan majlis keramaian di surau tersebut.

“Imam Surau Musalla juga perlu mengawasi kelas pendidikan agama termasuk membawa al-Quran dan pengajian Islam.

“Imam perlu berkebolehan dalam memberi panduan tentang perundangan Islam (Fiqh) dan menjawab pertanyaan agama daripada masyarakat.

“Imam juga menjadi penghubung antara surau dengan lembaga atau jawatankuasa masjid mengenai perancangan strategik dan pengurusan operasi surau,” maklum hantaran itu.

Sumber: X @xhaiex

BACA: Kerajaan Peruntuk Lebih RM83 Juta Laksana Program Bas Henti-Henti Di Melaka

BACA: “Arwah dulu baik orangnya..” Netizen Terhibur Lelaki Minta Sunting Gambar Beri Makan Dinasour, Lain Pula Jadinya